Selasa, 9 Julai 2013

Terbuang bagai Dibuang

Dalam leka menilik status2 fb secara rawak...

aku terbaca sebuah status yang mengingatkan aku kepada seorang guru... yang aku percaya, ilmunya bukan hanya mmbantu aku meluluskan diri dalam peperiksaan akademik tetapi juga menolong aku meloloskan diri tatkala emosi dan hati terus diuji...

Status seorang rakan:
"orang mengutuk saya, saya tak mati cepat; orang puji saya, saya tak hidup lebih lama"
Sungguh... benar kata itu....
Sungguh ajal setiap insan itu telah ditetapkan arakala kita dicipta.... tidak mungkin awal ataupun lewat hatta sesaat... itu janjiNya...
 Setiap dari kita diuji dengan cara yang berbeza....

Tetapi berat itu kian terasa apabila keluarga terbabit sama...
Satu keadaan yang tidak mampu aku zahirkan perasaan apabila seorang yang menjadi kesayangan, menjadi orang pertama yang difikirkan dalam setiap tindakan, yang terhutang budi selagi nyawa dikandung badan, menyatakan hasrat memutuskan hubungan hanya kerana satu kesalahan.....

Luluh hati bagai disiat.... sungguh... kecewa..
hanya itu yang mampu aku gambarkan....
aku bukan insan yang tabah.. tetapi aku redha keputusan itu..
Jika itu yang mereka mahukan.... Baik... kita putuskan...

Andai ini pertemuan terakhir... izikan aku mengucap kata

Maaf dan ampun akan setiap dosa-dosaku sedari kecil hingga dewasa kini... dosa-dosa dulu, kini dan mungkin di masa-masa akan datang...
Halalkan makan dan minum.... ilmu dan didikan... yang tersangat membantu aku dalam membesar sebagai seorang insan... tanpa itu semua aku mungkin bukan sesiapa...
Terima kasih atas jagaan, kasih sayang, kenangan dan kerisauan yang engkau hulurkan dari waktu aku mula bertaktih sehingga kini aku mampu berlari kencang meneruskan kehidupan...

Sedih itu satu kata yang hanya mampu aku simpan di hati... 
Pedih itu satu rasa yang aku percaya mungkin sementara...
Yang aku risau tiada parut yang mungkin tinggal kerna hati telah hancur berderai....

Akanku pegang kata itu:
"Walau dipuji, aku tidak hidup selamanya, walau dikeji, aku tidak mati serta-merta.."