Selasa, 26 Mei 2020

Terbinanya Cinta

Cinta terbina...
Bukan hanya berpasakkan rasa..
Tapi juga berpaksikan cita..
Bukan hanya bahagia didunia..
Harap kekal diakhirat sana...

Cinta terbina...
Bukan pilihan kita..
Doa dan ikhtiar hanyalah bukti usaha..
Mencari redha Yang Maha Esa...
Mengharap teman bawa ke syurga..

-NFW-

Khamis, 21 Mei 2020

Nilai Senyuman

Dulu aku pernah berkata.. senyumannya tidak pernah gagal membuat ku tersenyum.. Namun kemudian, aku tidak pernah melihat senyuman itu lagi.

Kini, aku bertemu dengan seseorang yang sentiasa berusaha membuat ku tersenyum. Dan berharap untuk sentiasa melihat senyuman ku.

"Saya nk awak tahu..."

Aku kini masih aku yg sama dahulunya... cuma nilai senyuman ku kini ditentukan kamu. -NFW-