Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan

Ahad, 8 Julai 2018

Aku Bukan Puteri dan Dia Bukan Puteranya

Suasana dingin terasa apabila ada bayu lembut menyentuh pipi. Dedaun berayun perlahan ditiup angin. Air sungai mengalir tenang memberikan kedamaian kepada alam. Pagi itu masih awal. Deretan pohon Liu menghijau sepanjang sungai mengindahkan kawasan luar istana.

Pagi itu masih sepi. Hanya dia disitu......


Sedang aku leka memandu pagi itu menuju destinasi yang telah dipersetujui minda, hujung mata sekilas memandang sebatang pohon Liu rendang menghijau menghiasi laman sebuah rumah. Sekilas itu juga kenangan yang telah lama hilang dalam ingatan kembali entah dari mana. Pedih terasa entah mengapa. Sedang kenangan itu bukanlah apa-apa. Cuma memori tentang pohonan di luar istana.

Namun kerana dia disitu, mugkin itu penyebab pedih dihati. Kenangan dimana dia cuba sedaya upayanya membantu diri ini, walaupun mampu membahayakan dirinya sendiri.

Aku memerlukan daunan pohon Liu bagi melengkapkan kajian yang dijalankan. Hanya kerana risau akan aku dia menawarkan diri untuk membantu. Dalam usah mengumpulkan daunan itu, dia telah tercedera dan terus merahsiakan kecederaan itu sehingga aku sendiri menyedarinya. Melihat keikhlasannya, mana mungkin aku mampu membalas. Ucapan terima kasih, hanya itu mampu ku ucapkan.


Pahit manis saat menuntut ilmu, hanya mampu dilalui dengan hadirnya teman dan sahabat.

Di mana dia sekarang? Hanya Allah yang mengetahui. Semoga dia sentiasa dalam lindunganNya. Amin.

Khamis, 2 Oktober 2014

Saya Rindu Dia....

3 hari sebelum Aidiladha....

Inshaa Allah tahun ini bakal aku jalankan ibadah qurban kali kelima....

Terkenang saat dimana aku dan dia menjalani ibadah ini bersama-sama tahun lalu... dia kelihatan tersangatlah gembira... jelas.... sangat jelas...  kali pertama dan terakhir... insan petama dan terakhir...

Tok Abah....
 Tak banyak kenangan bersama dengannya.... walaupun dekat tetapi aku tersangat jarang melawat ataupun bertanya khabar.... Namun apabila kesihatannya mula merosot.... risau itu tetap ada.... berusaha sedaya mungkin meluangkan waktu untuk dia... menziarah dan menemaninya di hospital.... sentiasa berdoa agar kami diberi lebih masa utk bersama.... Terkenang saat-saat aku menemaninya ke hospital, mendapatkan rawatan.... petah dia berbicara sepanjang perjalanan... bertanyakan isu pelajaran.... kehidupan seorang pelajar.... terkenang hari pertama menjejakkan kaki di UiTM, dia sanggup menemani diri ini.. memberikan semangat katanya... Andai aku diberi masa.... Namun, hati dapat merasa.... dia tidak akan tinggal lama.... tapi siapapun kita, apa pun yang dirasa minta tetap membantah.... tiada manusia yang mendoakan pemergian orang yang disayangi.... 2 syawal tahun ini menjadi satu tarikh yang akan kekal dalam ingatan... Dia pergi untuk selamanya....

Tok Abah
satu-satunya insan yang tidak malu mempamerkan kasih sayangnya pada cucu-cucu.... gemar memeluk aku walaupun sudah meningkat remaja..... satu-satunya tabiat yang membuatkan aku rindu padanya... setiap kali berjumpa, dia tak pernah lupa memberikan ciuman di pipi tembam ini... tak pernah gagal memeluk tubuh gemuk ini.... sentiasa memberikan kata-kata semangat.... nasihat dan doa....

Tok Abah
Ini janjiku padanya....
Akan aku jaga mama... sebagaimana dia jaga tok abah....
akan aku luangkan masa sebagaimana mama luangkan masa utk tok abah...
akan aku korbankan apa saja sebagaimana mama berkorban utk tok abah....

Tok Abah
Apa yang terjadi... pengalaman yang dilalui...
membuka mata seorang cucu dan anak....
berbakti selagi mampu..... berkorban selagi perlu..
kerana bila tiba waktu itu...
tiada terkilan... tiada pilu....

Tok Abah
Mama tenang meredhai pemergian tok Abah....
Walau dia terasa belum puas berjasa...

Semoga Dia Tenang Di Sana.....


Ahad, 18 Mei 2014

His/Her G-Day....


Alhamdulillah....

Walaupun lewat 1 semester tetapi dengan izin Allah segalanya selesai jua akhirnya....

Terpaksa rushing dr makmal semata-mata nk join hari bersejarah nie.....

Alhamdulillah sempat jugak jumpa walaupun x sampai 5 minit.....




 Tahniah ya.....
Diploma Done...
plzzz struggle for your degree...

Rabu, 6 Mac 2013

Pra Graduasi




Merujuk perkara di atas.... ceh..cehh.ceh... nk ber-formal plak....

Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) akan di adakan setiap semester bagi meraikan para 'dean list' dan pelajar semester akhir (part 6) ^^....

Selalunya, waktu nie lah para penuntut [khususnya wanita] berlumba-lumba melaram..... dan menayangkan segala yg baru...

MAKA akan menjadi sebuah medan memperagakan apa yg dipakai dan medan bergambar... huhuhu =] [tambah2 bila ada red carpet]

Untuk maka pada kali nie... Just nice... makanan pown sedap.. siap ada yg tapaw bawa balik kolej.... [ serius.. sapa yg x bawa balik mmg menyesal.. sebab lepas penat dinner hilang, perot pown mula meragam lapaq....] persembahan ok la.. terhibur la jugak.... ucapan pengarah dn KPP pown  x panjang.. (Alhamdulillah..)... sesi bergambaq paling best... berlangsung 'till midnight....


lepas pukul 12, barulah senior2 beransur pulang ke kolej masing2... dapat dilihat keletihan mula menghiasi wajah... memang penat la, lepas makan, nk kena menapak lebih kurang 1.5km sebelom sampai kolej.... dan dapat dilihat juga, bukan hanya 'door gift' yg dipegang di tangan... tapi 'heels'2 yg glitter dan  gorgeous dh  mula bersangkutan di tangan... hehehe... sakit kaki kotttt! jln jauh2 pakai heels....[ pi dewan semua tinggi2.... waktu balik... makkk... berkaki ayammmm!..]



Antara gambaq2 yg di ambil....


muka2 abg2 dn kakak2 senior......
 DIS

 MAKA nie dianjurkan oleh Fakulti Sains Gunaan.. makna kata, yg di raikan adalah senior2 DIS (Sains), Polimer dan DIC (kimia industri)... tapi memandangkan student part6 Polimer dan DIC ada practical... maka, DIS memonopoli DSS pada malam tersebut.....

Kepada student2 polimer dan DIC... don't worry... kami x bazirkan makanan.... semua ditanggung beresssssssssss..... hehehe






Isnin, 11 Februari 2013

Indahnya Persahabatan


Persahabatan terjalin apabila seseorang itu merasa senang untuk berkongsi kenangan dan kisah hidup bersama-sama seseorang yang lain...

Menghadapi semester terakhir sebagai pelajar diploma bukan lah semudah yg disangka... Banyak perkara dan ujian yang harus ditempuhi... Gembira menanti hari-hari terakhir sebelum memegang segulung diploma tidak hanya diselitkan dengan kenangan manis yang dikumpul bersama kawan-kawan tetapi juga dugaan penguji ampuhnya sebuah persahabatan yang terjalin sepanjang tempoh pelajaran... Diploma tidak hanya belajar subjek akademik semata-mata.. tetapi pengalaman diploma mengajar erti sebuah kehidupan.. menjadikan aku matang menghadapi masa-masa hadapan...

Kawan dan teman tidak didatangkan dengan kesempurnaan.... penerimaan kekurangan setiap orang itu menjadikan sesebuah persahabatan itu sempurna. pelbagai rupa dan ragam menghasilkan bermacam memori yang indah untuk dikenang... seperti garis dan warna yang menghasilkan lukisan yg mampu diterjemahkan oleh setiap insan.

Harapan...
Semoga kita semua mampu untuk kekalkan hubungan yang terjalin sehingga usia lanjut kelak...

Rabu, 12 September 2012

When I'm Think!ng of You..

When you were here..
You have told me something that I can't bare it..

You've said...
"There are things that we don't want to happen but have to accept,
things we don't want to know but have to learn...
and people we can't live without but have to let go.."

Honestly...
I do not take it serious a long times ago...
but now...
I know that I need to accept what was happen...
I have to learn something that I never expect...
and... badly... I have to let you go....
no matter what..

I deadly miss you....


Rabu, 30 Mei 2012

Dulu yang sudah.. Kini pula menjengah

Setiap daripada kita pasti dan mesti pernah menempuh perubahan waktu yang mendewasakan diri dan mematangkan usia... Pasti terkenang akan pahit manis memori dulu dan kala... kan?
bak kata orang (sbb hanya manusia mampu berkata2..)... tempat jatuh lagikan dikenang....

[mengapa mesti tempat jatuh? mengapa tidak tempat berpesta mungkin.. tempat tika mana kita bergembira...mungkin kerna luka itu sakit, sakit itu mengajar, dan parut itu mengingatkan... benar? mungkin dari situ kita punya mengalaman yang mematangkan...sekadar mahu berbicara di situ..]

Terfikir akan kata-kata " Dahulu yang sudah.. kini pula menjengah"

Masa yang berlalu tidak mungkin diputar semula...(sbb mustahil untuk kita ada time machine)
Kadang-kadang kita lupa yang kita pernah muda... kita lupa kita pernah bergembira, lupa kita pernah hidup tanpa tanggungjawab, kita pernah berlenang... kita lupa ramai yang sayang... benar?
mungkin bukan pada semua, tapi pasti ada yang sama... itu pasti...

Bila kini pula menjengah...
kita leka dengan dunia... mungkin fikiran mula terbuka, tindak kita tiada yang tanya...
Dimana kita terus terleka.. nikmati suka waktu remaja... terfikirkah kita?

Akan nanti menjelma...

Sukar sebenarnya lupakan kenangan lama... kerna disitu ada suka dan duka...
sayang ibunda bawa kesyurga... sayang ayahanda mudah didunia...
sayang keluarga, sayang selamanya...


Ya Allah, Kau perelokkanlah akhlak ku sebagai mana kau elokkan wajah ku..
Amin... 





meh cek nak kiss sket....muah..muah..muah...

Semua orang pasti berubah dari segala sudut mahup0n segi dalam setiap keadaan.... benar?






Ahad, 27 Mei 2012

Kampung ku Permai....

Cuti Sekolah telah pun dua hari bermula. Terasa bagaikan terpanggil untuk pulang menjengah kampung halaman..

Soo.... aku pun bergegas menyudahkan 'housework' (supaya mama x berleter nnt..) sebelum bersiap untuk pulang ke kampung halaman....

Apabila kenderaan yang kami naiki menjengah masuk ke kawasan kampung.. Tenang rasa hati, terbit kekaguman melihat pemandangan kampung yang sesungguhnya sangat indah... Subhanallah... Terubat rasa rindu..

Terang memancar kilauan mentari
menyinar indah hamparan menghijau
Menyusup tenang sukma berseri
Meski dihati penuh beranjau

Pawana menyilir mengusik mesra
segenap ruang batasan sawah
Terbuai rasa jiwa si dara
saujana luas terasa mewah

Indah ciptaan yang Esa.... terasa kerdil jiwa hamba..