Isnin, 11 Februari 2013

Indahnya Persahabatan


Persahabatan terjalin apabila seseorang itu merasa senang untuk berkongsi kenangan dan kisah hidup bersama-sama seseorang yang lain...

Menghadapi semester terakhir sebagai pelajar diploma bukan lah semudah yg disangka... Banyak perkara dan ujian yang harus ditempuhi... Gembira menanti hari-hari terakhir sebelum memegang segulung diploma tidak hanya diselitkan dengan kenangan manis yang dikumpul bersama kawan-kawan tetapi juga dugaan penguji ampuhnya sebuah persahabatan yang terjalin sepanjang tempoh pelajaran... Diploma tidak hanya belajar subjek akademik semata-mata.. tetapi pengalaman diploma mengajar erti sebuah kehidupan.. menjadikan aku matang menghadapi masa-masa hadapan...

Kawan dan teman tidak didatangkan dengan kesempurnaan.... penerimaan kekurangan setiap orang itu menjadikan sesebuah persahabatan itu sempurna. pelbagai rupa dan ragam menghasilkan bermacam memori yang indah untuk dikenang... seperti garis dan warna yang menghasilkan lukisan yg mampu diterjemahkan oleh setiap insan.

Harapan...
Semoga kita semua mampu untuk kekalkan hubungan yang terjalin sehingga usia lanjut kelak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan