Memaparkan catatan dengan label Rasepi sdn bhd. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasepi sdn bhd. Papar semua catatan

Jumaat, 10 April 2020

Nasi Ayam PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan)

10 tahun dari sekarang, saya mungkin akan menceritakan bagaimana, angan-angan dan wawasan 2020 dihadapi oleh kita semua. Di mana semua rakyat Malaysia, malahan seluruh penduduk dunia di paksa berkurung di dalam rumah disebabkan pandemik Wabak Covic-19.

Memandangkan semua orang termasuk saya dan keluarga terpaksa berkurung di dalam rumah yang rasanya sudah hampir menginjak ke 1 bulan. maka haruslah untuk kami mewujudkan hobi bagi mengurangkan kebosanan di samping mengekalkan kewarasan diri.

Salah satu hobi yang menjadi kegemaran ramai adalah mencuba resepi-resepi baru dan belajar memasak. Salah satu menu yang menjadi pilihan adalah nasi Ayam. Mudah, namun sukar menemukan selera keluarga kami.

Jadi, resepi masakan kali ini dicatatkan di sini kerana, resepi ini telah berjaya menambat hati nurani saya dan keluarga. =)

ok.. kita teruskan kepada resepi NASI AYAM PKP..

Bahan-bahan yang diperlukan

Sup Ayam

1 biji Bawang besar (dihiris)
7 ulas Bawang putih (dihiris)
2 inci Halia (dihiris)
2 kuntum Bunga Lawang
7 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
1 batang Kulit Kayu Manis
2 sudu besar Rempah Sup (tapi sayan gantikan dengan rempah kurma.. zaman PKP kita guna ja yg mana ada)
8 ketul Ayam (terpulang kpd keperluan masing-masing)
3 liter Air (pastikan cukup untuk masak nasi)
2 ketul Kiub Ayam / serbuk perasa
sedikit daun Sup
Garam
Minyak masak 


Nasi Ayam

4 pot Beras ( dibasuh dan di toskan)
1 helai daun Pandan ( disimpulkan)
1 inchi Halia (dihiris)
1/2 Biji Bawang besar (dihiris)
3 ulas Bawang putih (dihiris)


Perapan Ayam

2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Madu
5 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil Lada hitam

Sos Nasi Ayam

2 biji Cili merah 
4 biji Cili padi
2 ulas Bawang putih
3 sudu Sos Cili
1/2 biji Tomato / 2 sudu Sos Tomato



Cara-cara nya....

Sup Ayam

1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam periuk, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga layu.

2. Masukkan rempah sup dan gaulkan sehingga sebati, kemudian masukkan ayam.

3. Masukkan kiub ayam dan air secukupnya dan tunggu sup mendidih.

4. Setelah sup mendidih, perisakan dengan garam secukupnya.

5. Asingkan sup yang akan digunakan untuk masak nasi

6. Masukkan daun sup dan tutup api.

7. Asingkan ayam dengan sup.


Nasi Ayam

1. Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam periuk.

2. Masukkan Sup yang telah diasingkan mengikut sukatan beras, daun pandan, halia, bawang besar, dan bawang putih ke dalam periuk.

3. Masak nasi seperti biasa.


Perapan Ayam

1. Gaulkan ayam yang telah diasingkan dari sup dengan semua bahan perapan.

2. Perap ayam selama 30minit - 1 jam.

3. Goreng ayam di dalam minyak panas selama 3 minit / bakar ayam sehingga sos perapan kering.


Kicap Nasi Ayam

1. Panaskan kuali dan masukan lebihan sos perapan. (sila tambah bahan-bahan perapan jika kuntiti tidak mencukupi)

2. Masukkan 1 senduk sup ayam dan didihkan,

3. Siap dihidang.

Sos Nasi Ayam

1. Kisar kesemua bahan sos.

2. Siap dihidang.




Maka terhasillah Nasi Ayam PKP.... =]

Selasa, 4 Jun 2013

Telur BUngkus...


 Memandangkan tomyam dah ada.. tp mcm x best ja nk makan semata lauk ja...
so, kita buat telur bungkus...
senang sgt sebenarnya nk buat telur nie..

Bahan2 nya:

  • 1 biji telur (dikacau mcm nk buat telur dadar tue..jgn lupa letak garam sket.. ^^)
  • Seketul isi ayam ( dihiris nipis dn kecil2..)
  • Sayur campur (beli yg dh siap dah.. dlm tue ada kacang hijau, carrot n jagung..)
  • bawang besar ( dimayang... nk potong dadu pown boleh)
  • Sos tiram ( dlm satu sudu keci )
  • Sos cili (mengukut cita rasa anda...)
  • Minyak Masak (saya guna minyak sunflower... hehe ^^)
Cara2nya:

  1. Panaskan munyak masak dan tumiskan bawang yg telah dipotong.
  2. Masukkan isi ayam, sos tiram dan kacau hingga masak.
  3. masukkan sos cili, dan sayur campur. (jika perlu sedikit air supaya x kering)
  4. Didihkan dan letak sebelah.
  5. Gunakan kuali bersih untuk goreng telur.. Pastikan telur itu dalam keadaan nipis dan lebar.
  6. Masukkan isi ayam yg telah dimasak tadi  ke atas telur dan bungkus .
  7. siap dan boleh dihidangkan...
mudahnya kan?

Selamat Manjamu Selera.............. n_n

Hasilnya :


Tom Yam... simple jer...

Salam....

Memandangkan hari tue mcm malas ja nk masak... so, i make a decision to rebus ja apa yg ada bg jadi sup...

Buka peti tengok ada ayam, carrot ngan bunga kubis.... so.. rasanya nk buat tom yam jer lah...

Ini resipinya....:

Bahan-bahan:
  • Ayam (berapa byk korang nk letak depend on brp org nk mkn.... memandangkan org bujang ja yg nk mkn sya letak 4 ketul ja..)
  •  Bunga kubis (dipotong cantik2.. ikut cita rasa dan gaya anda.)
  • Carrot ( potong half moon.. hehehe dh terikut2 ngan pesyen tudung plak..)
  • Bawang besar ( belah 4 @ 6 mengikut saiz mulut msing2 lah yer..)
  • Serai ( 2 batang.. diketuk guna batu lesung..)
  • Limau nipis ( mengikut level kemasaman yg anda mahukan..)
  • Garam (secukup rasa..)
  • Kiub TOM YAM (boleh guna jenama apa pown.. sya guna 2 biji..)
Methodnya:
  1. Rebus ayam dan serai dalam periuk yg telah diisi dgn air... sehingga mendidih.
  2.  Masukkan semua ramuan di atas yg belom dimasukkan... tunggu sehingga mendidih..
  3. Rasa dan tambah apa2 yg kurang.
  4. Siap untuk dihidangkan..
Simple kan! ^^

Hasilnya:



Ahad, 2 Jun 2013

Puding Bandung berLaici.....


PENGENALAN :

Puding adalah nama untuk berbagai hidangan penutup yang umumnya dibuat dari bahan-bahan yang direbus, dikukus, atau dipanggang. Istilah puding juga dipakai untuk berbagai jenis pai berisi lemak hewan, daging, atau buah-buahan yang dipanggang.

Puding dengan bahan baku susu (yogurt), tepung maizena, tapioka, atau telur dihidangkan setelah didinginkan lebih dulu. Puding seperti ini rasanya manis dengan perisa coklat, karamel, vanila, atau buah-buahan. Puding agar-agar dibuat dengan mencampur agar-agar bersama susu, tepung maizena, atau telur kocok. Puding agar-agar sering dihidangkan dengan saus yang disebut vla. Tepung puding instan memudahkan orang membuat puding karena hanya perlu dicampur susu atau air panas.

OBJEKTIF :

Objektif utama masakan ini adalah:
  •  Untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut selapas makan tengah hari/ malam.
  •  Untuk dihidangkan kepada tetamu yang bertandang.
  •  Untuk dijadikan santapan ketika menonton.
  •  Untuk dijadikan pengubat bosan/marah.

BAHAN-BAHAN :
  • 25g          - Agar-agar
  • 400mL    - Susu cair
  • 1000mL  - Air
  • 5 mL       - Pewarna merah/ sirap ros
  • 300g        - Gula 
  • 1 tin        - Laici
  • 1 tangkai - Daun pudina (untuk hiasan) 




CARA-CARA :
  1. Panaskan agar-agar dan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula, pewarna, susu cair, dan laici yang telah dipotong kecil.
  3. Gaul hingga sebati dan didih sekali lagi.
  4. Masukkan kedalaan acuan dan simpan di dalam peti sejuk.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

HASIL :

 

SELAMAT MENCUBA..!!!!!!!

Ahad, 2 Disember 2012

BingKa jaguNG....





Resepi mudah utk perkongsian bersama....

bahan2 yg sangat ringkas dan mudah didapati.. :


1 cwn susu cair
1 cawan gula 
(bg yg sukakan kemanisan... boleh tambah gula)
1 tin jagung
½ cwn tepung kastard
1 cwn tepung gandum
2 sudu mentega
½  cwn air
2 biji telur

 
Cara2 yg mudah tanpa masa yg lama..:

1. masukkan semua bahan2 diatas ke dalam bekas dan adun sebati.
2. panaskan loyang di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah calcius selama 5 minit.
3. masukkan adunan tadi kedalam loyang.
4. bakar selama 1jam - 1 jam 30 minit.
5. sejukkan.. dan siap utk dihidang...



boleh dihidangkan utk sarapan pagi, minum petamg mahupun sebagai pencuci mulut....
cukup utk seisi keluarga.. 

sangat mudah dan sedap.... 







Selasa, 5 Jun 2012

Potato Wedges... ala KFC

Hari tue tengok tv... tetiba jer kluaq iklan KFC....
n tetiba ja tringat wedges yg mcm sedap tue...
So, apa lg... kita terjah dapoq.. buat wedges..

Rasanya mcm senang ja nk buat potato wedges nie...
So, diri nie pown mulalah menyediakan bahan2 yg perlu..

Bahan-bahannya adalah....

2 biji kentang Holand ( jauh tu import...)
sedikit serbuk paprika (kata org putih.. org mlayu panggil serbuk cabai ja..)
sedikit serbuk lada sulah
sedikir serbuk lada hitam'
sedikit garam
air
minyak masak
mayonise...

Cara-caranya.. senang ja...
  1. Rebus *ubi dengan air (kalau boleh jgn smpai empuk sgt...)
  2. Potong *ubi tersebut secara berbaji ( kalau x tau tengok dlm gambaq d bawah nie..)
  3. gaulkan *ubi yg tlah dipotong bersama semua serbuk2 yg di atas berserta garam.
  4. Goreng dalam minyak yang panas...
  5. Hidangkan bersama mayonise...
simple kan... ala.. senang jer...
[p/s: *ubi = kentang Holand, nk guna kentang biasa pown boleh... xdo masaloh..]


Chicken Chop MAMA...

Memandangkan sekarang nie cuti sekolah.... dan juga cuti sem.. maka.. ramailah yg bertandang ke rumah nie...

So, dalam usaha menjadi tuan rumah yg baek.... kami pown membuat keputusan utk memasak sesuatu yang estimewa buat semua yg sudi bertandang....
setelah semalaman menyelak buku resipi mencari resipi yg x juga jumpa sampai ke sudah....
MAMA buat keputusan utk buat 'Chiken Chop' sendiri ja....

Inginlah kiranya hamba berkongsi resepi ini....

Bahan-bahan A (untuk Ayam)

500 g isi ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 cawan air halia (jgn byk sgt tau..)
1/2 cawan kicap cair (sebarang jenama)
tepung gandum (mengikut keperluan semasa)
telur (mengikut keperluan semasa)


Bahan-bahan B ( untuk kuah)

selabu bawang besar (dikisar halus guna blender pown boleh, guna lesung batu pown boleh, nk giling pown dialu-alukan..)
2 ulas bawang putih  (dikisar halus guna blender pown boleh, guna lesung batu pown boleh, nk giling pown dialu-alukan..)
1 susu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar mentega
air asam jawa (mengikut citarasa.. nk masam boleh boh banyak)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung
garam
air

Bahan-bahan C (untuk coleslaw)

kubis hijau
kubis unggu (kalau ada)
lobak merah (org x penah guna lobak putih untuk nie.. tp kalau nk cuba boleh jer..)
bawang besar
sedikit perahan limau nipis
mayonise (secukupnya..)

Cara-cara A
  1. perap isi ayam bersama-sama lada sulah, air halia dan kicap cair ( dlm 2 jam.. lg lama lg sedap)
  2. Gaulkan isi ayam yang telah diperap kedalam telur sebelum di celup ke dalam tepung..
  3. Kemudian... goreng dgn minyak yg byak....
Cara-cara B
  1. Panaskan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuning-kuningan.
  2. Masukan air asam jawa, sos tiram, lada hitam dan air. Masak hingga mendidih.
  3. Masukan bancuhan tepung jangung.. kacau hingga pekat..
  4. Masukan garam secukup rasa... siap..
Cara-cara C
  1. Mayang semua bahan-bahan yg perlu.. gaulkan dengan mayonise dan perahan limau..
  2. siap untuk  dimakan..
Senang kan... sebagai tambahan boleh jer makan bersama kentang goreng...

Disini saya sertakan gambar hidangan..



Rabu, 30 Mei 2012

mAsHed pOtAtO.. for diNNer...

Salam buat pembaca.. hehehe

Saja2 nak update blog nie lagi...
kali nie nak share sket resepi kentang lenyek.. @ mashed potato...

Bahan-bahannya... jeng.. jeng...

Opcos... mesti.. dan sesungguhnya harus ada....

Kentang la.... (boleh je nk buat brapa biji pown mengikut byk mana mulut yg nk makan..=)

Air secukupnya utk rebus *ubi.. (kita guna air paip jer...=)

(utk sos nyer adui..)

selabu bawang besO.... (diblender halus...=)
2 sudu besO majerin... (minyak masak pown boleh.... =)
sekiub pati ayam.. (sebarang jenama yo.. =)
sesudu kecikkk serbuk lada hitam.. (pastikan hitam yer.. yg cerah x boleh.. =)
sesudu besO tepung jagung ( bacuh dgn air sejuk yer... =)
air...
garam..


Cara-caranya....

  1. Rebus *ubi dengan air sehingga betol2 empuk.. (mmg la rebus guna air.. tp saja nk mention..=)
  2. bila dah masak.. lenyek sampai halus... nk mash pown boleh.. hehehe
  3. utk kuah plak.. tumis bawang menggunakan majerin...
  4. masukkan air dan kiub pati ayam.. biarkan mendidih..
  5. masukkan serbuk lada dan garam.. opcos.. secukup rasa..
  6. last but not least.. masukkan bancuhan tepung jagung...
  7. biarkan likat dan....
  8. sedia untuk dihidang.... yum..yum..yum... 
[*ubi = kentang la yer... hehehe]




Selamat Menjamu Selera.....



Sabtu, 26 Mei 2012

Mushr00m s0up Buat Adik2....

Assalamualaikum......

Hari nie tetiba ja nak jadi rajin sket... hehehe
Disebabkan ada s0rang drpd adik2 kesayangan tringin sangat nk makan 'mushr00m soup'...
Jadi si kakak nie pown cuba2 la nk try buat mushr00m soup sendiri...

So, disini saya nak titipkan resepi

"Mushr00m Soup Buat Adik2"



 Bahan-bahannya....:

1.5 L air
600 mL susu segar
1 tin cendawan butang (1/2 dipotong dadu, 1/2 dikisar halus)
sekeping dada ayam ( kalau nk letak byk2 pown boleh...)
1 sudu kecil lada hitam
1 cawan tepung gandum
1 kiub pati ayam (sebarang jenama..)
garam secukup rasa..

Cara-caranya... (senang ja...)

  1. Rebus isi ayam yang telah dipotong dadu sehingga masak.
  2. Masukkan susu segar, cendawan yang telah dipotong dan dikisar, dan kiub pati ayam. Tunggu sehingga mendidih.
  3. masukkan bancuhan tepung gandum dan lada hitam.. dan juga jgn lupa garam sbagai penambah rasa...
  4. Sedia untuk dimakan....

[p/s: sapa2 nk cuba boleh la yer... hasilnya seperti dlm gambaq di atas.... ]