Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan

Ahad, 18 Mei 2014

His/Her G-Day....


Alhamdulillah....

Walaupun lewat 1 semester tetapi dengan izin Allah segalanya selesai jua akhirnya....

Terpaksa rushing dr makmal semata-mata nk join hari bersejarah nie.....

Alhamdulillah sempat jugak jumpa walaupun x sampai 5 minit.....




 Tahniah ya.....
Diploma Done...
plzzz struggle for your degree...

Isnin, 11 Februari 2013

Indahnya Persahabatan


Persahabatan terjalin apabila seseorang itu merasa senang untuk berkongsi kenangan dan kisah hidup bersama-sama seseorang yang lain...

Menghadapi semester terakhir sebagai pelajar diploma bukan lah semudah yg disangka... Banyak perkara dan ujian yang harus ditempuhi... Gembira menanti hari-hari terakhir sebelum memegang segulung diploma tidak hanya diselitkan dengan kenangan manis yang dikumpul bersama kawan-kawan tetapi juga dugaan penguji ampuhnya sebuah persahabatan yang terjalin sepanjang tempoh pelajaran... Diploma tidak hanya belajar subjek akademik semata-mata.. tetapi pengalaman diploma mengajar erti sebuah kehidupan.. menjadikan aku matang menghadapi masa-masa hadapan...

Kawan dan teman tidak didatangkan dengan kesempurnaan.... penerimaan kekurangan setiap orang itu menjadikan sesebuah persahabatan itu sempurna. pelbagai rupa dan ragam menghasilkan bermacam memori yang indah untuk dikenang... seperti garis dan warna yang menghasilkan lukisan yg mampu diterjemahkan oleh setiap insan.

Harapan...
Semoga kita semua mampu untuk kekalkan hubungan yang terjalin sehingga usia lanjut kelak...

Jumaat, 25 Mei 2012

Cermin Kita Cermin Diri....

Assalamualaikum w.t.b...

" Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih."
"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik usiaku pada akhir hayatku dan sebaik-baik amalan di akhir hayatku dan sebaik-baik hari pada saat aku menemuiMu."
"Amin.."


Kadang-kadang terbit dibenak.. "Aku nie okey ke?"

Hah.. macam mana nak tau kita nie okey ke tak...?

Ada sesetengah orang kata kalau nak kenal seseorang tue.. tengok dengan siapa dia berkawan.. Benarkah kawan-kawan mencerminkan siapa kita?

Cuba kita lihat semula, siapa kawan-kawan kita.. mungkin disitu jawapannya.
Muhasabah diri adalah salah satu cara untuk kita mengenali diri sendiri dan pastikan samaada kita nie okey atau tidak.

Harap-harap kita nie dikelilingi orang-orang yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.. Insya'Allah.

Kawan nie ibarat penjual wangian dan pembuat besi... Kalau kita berkawan dengan penjual wangian, sedikit sebanyak.. pasti haruman itu terlekat pada kita.. Tapi kalau berkawan dengan pembuat besi... pasti ada bau besi pada kita..

Jadi.. fikir-fikirkanlah...




Khamis, 24 Mei 2012

Semua Orang penah GAGAL...

"....and you failed.So?" - [@] Hlovatesays.
______________________________
____________

“…and you failed. So?” Muka tak berperasaan.

Kening Alan terangkat sebelah. “Kot ye pun kau tu ada keturunan suka-sakat android.Tunjuk la gaya simpati ke empati ke sikit.”

Hadi angkat bahu dengan muka berkerut. “Aku tak reti.”

Alan sengih tawar.Dia menghela nafas panjang. “Rasa gelap dunia,dowh….” Dia menggumam sendiri di bawah sedar.Tangan kiri dilarikan di celah rambut.Tangan kanan mengetuk kepala lutut.Mata merenung kosong muka Campus Pond yang hanya beriak kecil dilibas kumpulan Canadian Goose yang berenang melintas.

Sepi mengambil ruang di kerusi batu menghadap kolam buatan manusia di tengah kampus tu. Sekitar mereka, di sana-sana ada je students lain yang bersepah duduk.Mengambil peluang merasa nikmat panas matahari sambil makan,buat kerja,atau hanya lepak cuba untuk mengosongkan kusut di kepala.Laman kampus dah kembali hijau dan berwarna.Musim bunga dah tiba. Tapi tu la.Matahari mungkin bersinar dengan langit biru tanpa awan, tapi hujan dalam hati manusia,orang tu je yang tahu.

Hadi pass tuna-wrap pada Alan.Tapi matanya pada kumpulan Canadian Goose yang masih lagi berenang berlegar di hadapan mereka.

“You sucks at giving pep-talk,man.” Alan geleng ketawa sambil menyambut tuna-wrap tu.

Hadi tak menjawab. Bahagian tuna-wrap yang tadi dibahagi dua di tangannya dipandang.Dicariknya sikit pita bread lalu dicampaknya ke tengah kolam.Berebut Canadian Goose tu mengejar cebisan pita di muka air.

“Thanks.” Alan bawa tuna-wrap ke mulut lepas baca doa makan.Ni namanya bekal lunch orang bujang.Tuang tuna,mayo,black-pepper dengan lemon juice dalam mangkuk.Kasi kacau.Lepas tu bentang pita bread,letak tomato,tuang tuna-mix,siram dengan sos,bungkus.Selamat duit dari kena beli makanan kat cafeteria kampus. Dia tak sempat buat lunch hari ni.Mujur la ada housemate yang murah hati macam Hadi.

“Berapa weight assignment tu?”

“25%.” Nafas panjang ditarik lagi. Tuna-wrap yang menuruni anak tekak dah rasa macam hampas tebu. Tadi baru dapat marks untukAssignement 1 Math 128 Calc. Kelas yang betul-betul elok je sebelum lunch-break ni. Ringan tapak kaki bila tengok marks yang kurang dari separuh tu.10.75.Maknanya dia hanya score 43.03% untuk assignment ni.Less than 49%, maknanya FAIL.Serabut kepala dibuatnya oi…

Hadi tarik earbuds dari telinga kiri.Dihulur pada Alan.Alan pandang earbuds tu dua saat.Kemudian pada Hadi yang masing merenung Canadian Goose tengah kolam.Kemudian tanpa banyak cakap dia capai dan sumbat ke telinga kanannya.

“Heart of Courage.” Hadi menutur sambil membawa tuna-wrap ke mulut.

“Two Steps From Hell.” Alan mengangguk pada Canadian Goose yang masih berenang dengan senyum segaris. Tuna-wrap yang tadi dilupakan dibawa ke mulut.

Sepi lagi.

"You really sucks at giving peptalk,man." Alan ketawa tawar sambil menggeleng.

“Nabi Nuh failed to get his son to be with him masa nak naik bahtera waktu banjir besar tu datang.” Hadi mencarik pita bread dari tuna-wrapnya. Angkatan Canadian Goose di tengah kolam tu nampak kebulur sungguh gayanya.

Alan mengunyah perlahan.Ditelan.Dia pandang Hadi.Hadi masih juga tak beralih dari pandang kolam. Pandangannya turut ditala kea rah yang sama. “And Nabi Lut failed to have his wife to be with him against the wrongdoers.” Mulutnya menutur tanpa dipinta.

“Nabi Musa and Asiah failed to convince Firaun untuk beriman.” Hadi melontar lagi cebisan pita bread pada penunggu-penunggu yang galak menanti.

Alan tarik nafas panjang. “And Rasulullah failed to convince Abu Talib untuk mengucap syahadah.” Tertahan dia melepaskan nafas dari dada yang terasa sesak.

Angguk.Hadi kini membawa tuna-wrapnya ke mulut.Perut sendiri pun lapar juga. Alan turut sama kembali kepada lunch di tangan. Sepi kembali mengisi ruang.

“Great men.” Ujar Hadi kemudian setelah menelan suapan.Tapi mata masih juga pada muka kolam. “And they too,have failures.”

Kumpulan Canadian Goose yang tadi menunggu kalau ada lagi huluran dah bosan menunggu. Ketuanya dah mengajak angkatannya mencari makanan di jajahan lain pula. Hadi hanya mengikut dengan mata.Alan mengunyah tuna-wrapnya lambat-lambat.

“And they never really did stop trying for the better,didn’t they?”

Alan menarik senyum segaris. “You really did suck at giving peptalk,bro.” Sengaja.

Heh.Hadi hanya angkat bahu dengan senyum segaris yang sama.Heart of Courage dah sampai ke hujung lagu.

Matahari di tengah langit masih bersinar di tengah biru yang lapang terbentang.Hujan di hati pun dah reda agaknya.
[perkongsian drpd penulisan Hlovate] 

Selasa, 22 Mei 2012

Sayang Kamu...

Sahabat - Najwa Latif

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.







Sabtu, 19 Mei 2012

Allah Itu Dekat..

Desiran bayu terusan menyapa tanpa jemu. Riak-riak air tenang mewujudkan damai.
Aku masih kaku duduk disitu. Diam umpama patung lilin bernyawa. Sendirian cuba mencari ketenangan dalam kekalutan jiwa. Dan seketika, suara itu hadir semula.

"Are you okey?" lembut dia mulakan bicara.
"I'm alone.." ucap ku antara dengar dan tidak.
"Are you sure you're alone?" pandangan tetap pada horizon itu.
"I feel like everyone is away..."  dia tenang mendengar. "I'm alone.." ulangku tanpa sedar.
"You're not alone.." aku tersenyum hambar. dia memandang.. "it's not 'bout that song.." sambungnya seolah dia tahu apa dibenakku. "It's 'bout Him.." bicaranya sambil telunjuk dihalakan ke dada langit. "Allah indeed close to you... He is close enough if you have it..." ucapannya terhenti.
"Have what?" tanyaku kurang mengerti.
"Faith." sapatah hanya. 

Termanggu aku sendirian. Cuba mencerna apa yang ada di fikiran. Melepas pandangan jauh merentas tasik. Tenang. Itu yang dicari. Alhamdulillah. Telah aku temui.

"Make dua'.. ask Him.. anything.. everything... He'll listen to you.." bicaranya lembut tetapi tegas masih disitu. Aku hanya terus memerhati lukisan alam tanpa paksa mahupun rela. "Trust me.." dia masih bertegas dalam datar suaranya. Cuba menarik aku dari terus hanyut barangkali. 
"I know you.. I trust you.." cuba menelan liur di tekak.. " I know it.. you told me that... years ago.. I forgot.. I did.." tiada lagi kata yang meluncur keluar.
"It's normal.. that's why we need sahaba.. we need tazkiroh.." dia cuba memujuk hatiku... 
" By Time. Verily Man is in loss, Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy. He told us in Sura' Al-Ashr." dia cuba mengingatkan.

Masih terbayang saat itu. Saat dia disisi. Saat dia mengingatkan diri. Menitis air mata rindu. Rindu akan suara itu. Suara yang menuturkan kalimah-kalimah Allah. Suara yang membacakan tafsir Al-Quran. Suara yang selalu memujuk hati yang sering dalam kekalutan. Sungguh aku tak mampu nengingati wajahnya.. Hanya suara yang sering terngiang-ngiang di telinga. Terus berlegar diminda. Dicerna dan diterima jiwa.

"Thanks.." hanya itu yang mampu aku tuturkan.
Terukir segaris senyuman di wajahnya. " At least, when Allah ask me, What you do when your friend alone? so that, i could tell Him, I make she think of you.." senyuman itu terus terukir manis. Dan aku turut tersenyum.

Honestly, He knows best.



Jumaat, 4 Mei 2012

Senyumku buatmu perSAHABATan yang LaLu...


Setiap kali aku diajukan pertanyaan..
"Macam mana kita nak lupakan seseorang yang pernah kita sayang?"
Aku hanya mampu menjawab...
" Kenapa kita perlu berusaha melupakan sesuatu yang telahpun menjadi sebahagian daripada hidup kita?
dan kenapa tidak untuk kita menerima ketentuan itu seadanya...?"

Bagi diri ini, melupakan bukan perkara terbaik.. Jadikan pengalaman itu guru yang mengajar kita menjadi lebih bijak dan ujian yang menjadikan kita kuat di masa depan...

Ahad, 8 April 2012

To Wan Aina Fatiha Wan Mohammad

sometimes we think that we had done everything by our best...
but sometimes it make us feel that it's not the best at all...

on the way to achieve our target
there must be some barrier that always wait for us
not to make us fall
but for us to be strong...

believe in yourself
dare to have dreams
and love your life....

and you should have this THREE...
FAITH, HOPE and LOVE....


-p/s: my lovely roommate... thanks for being with me and always support me in any conditions...
        i just have one word to describe my feeling for you.. I love You....

Jumaat, 6 April 2012

Mengimbas Kenangan Bersama...

Terasa baru semalam
Aku, kau dan dia
Menyusuri jalan kenangan itu
Melakar detik suka dan duka
Dalam sekolah hidup

Terayam kemas episod silam
Membuah sebuah pengajaran
Bila aku dan dia
Menuju alam keremajaan
Kau pergi bertemu Illahi

Memori bersama tersemat
Segar disanubari
Hanya aku, kau dan dia
Dapat menyelami erti sebenar
Persahabatan yang terjalin
Adalah dengan izin-Nya

Moga tersimpul rapi ukhwah yang terbina
Walau dunia menjadi temboknya
Memisahkan kita dari bersama
Kaukan tetap ku kenang sentiasa....


Rabu, 21 Mac 2012

SahabaT & CintA

Seroja itu masih setia menghuni tasik yang tenang ini. Menjadikan daun yang lebar sebagai teduhan buat anak-anak ikan dibawahnya. Setia berbakti keoada ekologi tasik. Di sini,tempat dimana dulu, hampir setiap minggu aku menghabiskan hari cutiku. kedamaian yang kurasa di sini, serba sedikit mengubat luka dihati, memberikan ketenangan jiwa dalam mensyukuri nikmat ciptaanNya. Di tasik ini, aku banyak mengukir kenangan bersamanya, melakar memori di kanvas minda, mencipta bahagia yang menghias impianku.

Namun, segalanya hanya sementara. Telah ditetapkan ketentuan oleh yang Maha Esa, setiap pertemuan pasti punya perpisahan. Antara sahabat dan cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dibuat pilihan. Nilai persahabatan yang kukuh membuatkan aku tegar untuk berkorban. Namun pada satu sudut lain, hatiku berat memilih si dia. Ada yang sanggup memutuskan persahabatan demi cinta yang tulus, disisi lain ada yang rela melepaskan cinta untuk sebuah persahabatan yang telah lama terjalin.

Bagi aku, kedua-duanya tetap penting dan bermakna dalam kehidupan ini. Jadi, aku memilih untuk memulakan langkah baru, mencipta semula kisah hidupku. Setiap insan perlukan mas untuk berubah. Sungguhpun pengalaman itu mematangkan kita, yang pahit itu masih tetap terasa. Aku tidak mungkin dapat mengubah apa yang telah berlaku, memadam masa lalu mahupun melupakan memori itu. Aku hanya mampu menerima hakikat takdir hidupku dengan penuh keredhaan.

Aku memilih untuk berhijrah. Berhijrah meninggalkan kenangan itu, hijrah mengubah diriku yang dahulu. Aku tinggalkan semua. Semua yang pernah menjadi milikku suatu masa dahulu.

Kini, segalanya berubah, samaada masa yang merubah segalanya mahupun manusia itu sendiri yang berubah. Yang pasti, Allah tidak akan mengubah nasin sesebush kaum melainkan mereka sendiri yang berubah. Menjadi seorang perantau di tempat asing mengubah aku yang dulu. Aku menjadi semakin tabah menjalani kehidupan, berusaha mencapai matlamat baru.

Dalam kembara yang panjang itu, aku ditemani seorang insan. Insan yang sama-sama mencari kehidupan yang diredhai. Dia sentiasa menjadi rakan tatkala aku berjuang mencari kekuatan, setia sebagai teman dikala aku perlukan perkongsian, hadir sebagai kawan disaatku harapkan bantuan dan teguh sebagai sahabat andaiku inginkan pengorbanan.

Bertahun dia disisi, setia menemani, penuh kesopanan, terjaga pergaulan. Tercuit hatiku dengan sikapnya. Terus ku pemperingati, menginsafi diri agar yang dulu tidak berulang kembali. Dalam diam, rasa itu membenih dan hati ini telus menyemai tunas-tunas kasih. 

Tatkala dia melamar, terasa seolah-olah pohon itu membungakan kuntuman cinta semekar taman. Ku terima cintanya.

Keputusan meninggalkan cinta dan sahabat suatu ketika dulu menghadirkan aku sesuatu yang lebih bermakna. Dia kini setia disisiku sah sebagai cinta dan sahabat.

Akan ku jaga ikatan ini, akan ku teguhkan simpulanitu agar dia tetap disisi, berbahagia hingga ke syurga Illahi..




nfw'24-7



Sabtu, 3 Mac 2012

Islam itu bersaudara...


Gunakan kesempatan yang ada untuk 
terus berkasih sayang 
hanya kerana
ALLAH...

Bersaudara itu sangat indah..


Andai suatu hari nanti aku terlupa..
Ingatkan aku...
Suatu masa dulu kita pernah gembira bersama...