Jumaat, 25 Mei 2012

Cermin Kita Cermin Diri....

Assalamualaikum w.t.b...

" Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih."
"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik usiaku pada akhir hayatku dan sebaik-baik amalan di akhir hayatku dan sebaik-baik hari pada saat aku menemuiMu."
"Amin.."


Kadang-kadang terbit dibenak.. "Aku nie okey ke?"

Hah.. macam mana nak tau kita nie okey ke tak...?

Ada sesetengah orang kata kalau nak kenal seseorang tue.. tengok dengan siapa dia berkawan.. Benarkah kawan-kawan mencerminkan siapa kita?

Cuba kita lihat semula, siapa kawan-kawan kita.. mungkin disitu jawapannya.
Muhasabah diri adalah salah satu cara untuk kita mengenali diri sendiri dan pastikan samaada kita nie okey atau tidak.

Harap-harap kita nie dikelilingi orang-orang yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.. Insya'Allah.

Kawan nie ibarat penjual wangian dan pembuat besi... Kalau kita berkawan dengan penjual wangian, sedikit sebanyak.. pasti haruman itu terlekat pada kita.. Tapi kalau berkawan dengan pembuat besi... pasti ada bau besi pada kita..

Jadi.. fikir-fikirkanlah...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan