Pagi itu masih sepi. Hanya dia disitu......
Sedang aku leka memandu pagi itu menuju destinasi yang telah dipersetujui minda, hujung mata sekilas memandang sebatang pohon Liu rendang menghijau menghiasi laman sebuah rumah. Sekilas itu juga kenangan yang telah lama hilang dalam ingatan kembali entah dari mana. Pedih terasa entah mengapa. Sedang kenangan itu bukanlah apa-apa. Cuma memori tentang pohonan di luar istana.
Namun kerana dia disitu, mugkin itu penyebab pedih dihati. Kenangan dimana dia cuba sedaya upayanya membantu diri ini, walaupun mampu membahayakan dirinya sendiri.
Aku memerlukan daunan pohon Liu bagi melengkapkan kajian yang dijalankan. Hanya kerana risau akan aku dia menawarkan diri untuk membantu. Dalam usah mengumpulkan daunan itu, dia telah tercedera dan terus merahsiakan kecederaan itu sehingga aku sendiri menyedarinya. Melihat keikhlasannya, mana mungkin aku mampu membalas. Ucapan terima kasih, hanya itu mampu ku ucapkan.
Pahit manis saat menuntut ilmu, hanya mampu dilalui dengan hadirnya teman dan sahabat.
Di mana dia sekarang? Hanya Allah yang mengetahui. Semoga dia sentiasa dalam lindunganNya. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan