Selasa, 21 Februari 2012

Apa Matlamat Kita?

Assalamualaikum w.t.b....

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih"
"Ssungguhnya aku berserah diri kepada yang maha hidup yang tiada pernah mati. Tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah yang maha tinggi dan maha agung."

 Coretan di kala ini masih berbicara tentang kehidupan.. Kerana apa? kerana itulah yang sedang kita, (tentu sekali diri ini) sedang tempuhi. 

Disaat ini ingin sekali saya berbicara tentang matlamat. Tentu semua insan didunia ini punya matlamat tersendiri. Apabila kita mula menyelak helaian-helaian buku motivavi, tentu banyak kata-kata mahupun nasihat yang meminta kita untuk berimaginasi dalam membina sebuah matlamat dan seterusnya berusaha mencapai matlamat yang kita impikan.

Dalam membentuk matlamat, saya sering kali menjadikan buku-buku motivasi sebagai panduan.

Matlamat yang harus terbahagi kepada beberapa bahagian.
  • malamat jangka pendek
  • matlamat jangka sederhana
  • matlamat jangka panjang
Matlamat jangka pendek selalunya berkisar mengenai sesuatu yang diidamkan dalam tempoh waktu terdekat.
Manakala matlamat sederhana pula merujuk kepada impian dalam tempoh yang agak panjang.
Dan matlamat jangka panjang merupakan matlamat kita pada sebuah kehidupan yang abadi.. Dan tentunya bertemu dengan sang pencinta iaitu Allah s.w.t..



Boleh saya katakan bahawa semua insan didunia ini mengimpikan Kebahagiaan tidak kira didunia mahupun akhirat kelak.

Kebahagiaan tidak diukur dengan apa yang kita miliki.. tetapi apa yang kita nikmati..

"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri." ~ Said Mustafa






nfw'24-7



Isnin, 20 Februari 2012

Memilih yang Terbaek...

Assalamualaikum w.t.b....

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih."
"Ya Allah, aku bermohon kepadamu kesempurnaan nikmat di dalam segala hal dan mensyukuriMu atasnya, sehingga Engkau redha dan sesudah redha lalu aku memohon pula kepadaMu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih sebagaimana aku pohon kepadaMu untuk memudahkan urusanku, bukan yang sulit lagi susah dikerjakan. Ya Tuhan Yang Maha Mulia."

Kehidupan memerlukan kita untuk memilih dan terus memilih....

Dalam membuat pilihan tentunya yang kesempurnaan itu menjadi ukuran. Namun pernahkah kita terfikir betapa sukar mencari sesuatu yang sempurna. Sedang diri kita sendiri tidak pernah sempurna malahan terlalu jauh daripada kesempurnaan itu sendiri.

Saya lebih selesa memilih yang terbaik. Ini kerana, yang terbaik tidak bermakna sempurna dan yang sempurna itu tidak semestinya yang terbaik buat kita. Setiap insan itu berbeza. Jadi tentu sekali keperluan dan kehendaknya juga berbeza bukan? 

Pilihlah yang selesa.
Semua orang tentu mempunyai telefon bimbit. Dan hampir semua menggunakannya untuk tujuan yang sama. Banyak model telefon bimbit dipasaran yang boleh dijadikan pilihan. Namun yang manakah yang mampu mengungguli carta hati anda untuk dipilih. Punya yang mahal juga yang murah.

Saya pernah dihadiahkan sebuah telefon bimbit oleh yang tersayang (sbb dy tahu yg sya xkn beli sendiri). Sebuah telefon bimbit yang ber'keypad'. Saya sangat menyukainya. Terasa mudah digunakan dan selesa. Selang beberapa lama, saya dihadiahkan lagi sebuah telefon bimbit juga oleh yang tersayang, merupakan model terbaru yang dipasarkan. Model ini berbeza dari yang sebelumnya. Mempunyai kemudahan internet, juga 'touch screen', kelihatan lebih 'advance' dan sempurna daripada model yang sebelum.. Setelah beberapa lama menggunakannya, saya mula merindui model yang sebelum ini. Mungkin kerana yang lama lebih sempurna dimata saya. Saya selesa menggunakannya walaupun terdapat kekurangan padanya. Mengapa mesti memilih yang sempurna sedangkan kita tidak memerlukan kesempurnaannya?

Bagi saya, begitulah cara yang sebaiknya untuk membuat pilihan. Meskipun dalam apa jua keadaan.

Sedikit kata-kata daripada seorang hambaAllah:
" Tidak penting bagi kamu untuk mengetahui harganya, tetapi penting bagi kamu mengetahui nilainya.."


nfw'24-7

Ahad, 19 Februari 2012

Bermulanya Sebuah Perjalanan....

Assalamualaikum w.t.b....
 
"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih"
" Wahai Tuhanku, Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkan aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia, dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujjah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.. Amin."

Pepatah mengatakan bahwa 'sebuah perjalanan yang panjang hanya akan bermula dengan langkah pertama..'

Kehidupan merupakan sebuah perjalanan yang panjang sesungguhnya. Bagi meneruskan sebuah kehidupan, kita memerlukan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi perjalanan yang sesungguhnya penuh dengan ranjau yang berduri. Terlalu banyak persimpangan yang harus dilalui dalam untuk sampai ke destinasi pilihan...

Keyakinan dan keredhaan kepada Allah itulah yang menjadikan kita lebih tenang dalam menghadapi ujian didiunia ini.... Insya'Allah...

sedikit petikan daripada "Membina Rasa Cinta":
"Hidup bukanlah susah sangat kalau kita dapat melihat semuanya sabagai membahagiakan.."

sekian dulu... salam...

nfw'24-7