"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih."
"Ya Allah, aku bermohon kepadamu kesempurnaan nikmat di dalam segala hal dan mensyukuriMu atasnya, sehingga Engkau redha dan sesudah redha lalu aku memohon pula kepadaMu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih sebagaimana aku pohon kepadaMu untuk memudahkan urusanku, bukan yang sulit lagi susah dikerjakan. Ya Tuhan Yang Maha Mulia."
Dalam membuat pilihan tentunya yang kesempurnaan itu menjadi ukuran. Namun pernahkah kita terfikir betapa sukar mencari sesuatu yang sempurna. Sedang diri kita sendiri tidak pernah sempurna malahan terlalu jauh daripada kesempurnaan itu sendiri.
Saya lebih selesa memilih yang terbaik. Ini kerana, yang terbaik tidak bermakna sempurna dan yang sempurna itu tidak semestinya yang terbaik buat kita. Setiap insan itu berbeza. Jadi tentu sekali keperluan dan kehendaknya juga berbeza bukan?
Pilihlah yang selesa.
Semua orang tentu mempunyai telefon bimbit. Dan hampir semua menggunakannya untuk tujuan yang sama. Banyak model telefon bimbit dipasaran yang boleh dijadikan pilihan. Namun yang manakah yang mampu mengungguli carta hati anda untuk dipilih. Punya yang mahal juga yang murah.
Saya pernah dihadiahkan sebuah telefon bimbit oleh yang tersayang (sbb dy tahu yg sya xkn beli sendiri). Sebuah telefon bimbit yang ber'keypad'. Saya sangat menyukainya. Terasa mudah digunakan dan selesa. Selang beberapa lama, saya dihadiahkan lagi sebuah telefon bimbit juga oleh yang tersayang, merupakan model terbaru yang dipasarkan. Model ini berbeza dari yang sebelumnya. Mempunyai kemudahan internet, juga 'touch screen', kelihatan lebih 'advance' dan sempurna daripada model yang sebelum.. Setelah beberapa lama menggunakannya, saya mula merindui model yang sebelum ini. Mungkin kerana yang lama lebih sempurna dimata saya. Saya selesa menggunakannya walaupun terdapat kekurangan padanya. Mengapa mesti memilih yang sempurna sedangkan kita tidak memerlukan kesempurnaannya?
Bagi saya, begitulah cara yang sebaiknya untuk membuat pilihan. Meskipun dalam apa jua keadaan.
Sedikit kata-kata daripada seorang hambaAllah:
" Tidak penting bagi kamu untuk mengetahui harganya, tetapi penting bagi kamu mengetahui nilainya.."
nfw'24-7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan