Ahad, 27 Mei 2012

Kampung ku Permai....

Cuti Sekolah telah pun dua hari bermula. Terasa bagaikan terpanggil untuk pulang menjengah kampung halaman..

Soo.... aku pun bergegas menyudahkan 'housework' (supaya mama x berleter nnt..) sebelum bersiap untuk pulang ke kampung halaman....

Apabila kenderaan yang kami naiki menjengah masuk ke kawasan kampung.. Tenang rasa hati, terbit kekaguman melihat pemandangan kampung yang sesungguhnya sangat indah... Subhanallah... Terubat rasa rindu..

Terang memancar kilauan mentari
menyinar indah hamparan menghijau
Menyusup tenang sukma berseri
Meski dihati penuh beranjau

Pawana menyilir mengusik mesra
segenap ruang batasan sawah
Terbuai rasa jiwa si dara
saujana luas terasa mewah

Indah ciptaan yang Esa.... terasa kerdil jiwa hamba..











One Thousand Million Smile....



There's a gift I'd like to give you
That can't be bought or sold
A ray of sunshine across the waters
That comes straight from the soul

Let us join our hands together
To bind the colours of our skin
A rainbow under GOD's Great heaven
A sign that love will always win

One thousand million smiles
I bring toy across the miles
In my land of sunshine
Or in your land of snow
Makes no difference where you are
If you let your feeling show

One thousand million ways
To love each other every day
For the poet and the old man
For the mother and the child
These One thousand million smiles

If the world is full of sorrow
Then what's the meaning of life
If war's the master of the house
And hunger is his wife ooo...

But a shining bridge of lovin' smiles
And tender helping hands
Will bind all men on earth together
And will forever stand

So here! Stand with heart in hand
I bring this gift from my homeland
So take these smiles and sweets hellos
Keep then in your heart where ever you may go

-Sudirman-

Sabtu, 26 Mei 2012

Mushr00m s0up Buat Adik2....

Assalamualaikum......

Hari nie tetiba ja nak jadi rajin sket... hehehe
Disebabkan ada s0rang drpd adik2 kesayangan tringin sangat nk makan 'mushr00m soup'...
Jadi si kakak nie pown cuba2 la nk try buat mushr00m soup sendiri...

So, disini saya nak titipkan resepi

"Mushr00m Soup Buat Adik2"



 Bahan-bahannya....:

1.5 L air
600 mL susu segar
1 tin cendawan butang (1/2 dipotong dadu, 1/2 dikisar halus)
sekeping dada ayam ( kalau nk letak byk2 pown boleh...)
1 sudu kecil lada hitam
1 cawan tepung gandum
1 kiub pati ayam (sebarang jenama..)
garam secukup rasa..

Cara-caranya... (senang ja...)

  1. Rebus isi ayam yang telah dipotong dadu sehingga masak.
  2. Masukkan susu segar, cendawan yang telah dipotong dan dikisar, dan kiub pati ayam. Tunggu sehingga mendidih.
  3. masukkan bancuhan tepung gandum dan lada hitam.. dan juga jgn lupa garam sbagai penambah rasa...
  4. Sedia untuk dimakan....

[p/s: sapa2 nk cuba boleh la yer... hasilnya seperti dlm gambaq di atas.... ]

Jumaat, 25 Mei 2012

Cermin Kita Cermin Diri....

Assalamualaikum w.t.b...

" Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih."
"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik usiaku pada akhir hayatku dan sebaik-baik amalan di akhir hayatku dan sebaik-baik hari pada saat aku menemuiMu."
"Amin.."


Kadang-kadang terbit dibenak.. "Aku nie okey ke?"

Hah.. macam mana nak tau kita nie okey ke tak...?

Ada sesetengah orang kata kalau nak kenal seseorang tue.. tengok dengan siapa dia berkawan.. Benarkah kawan-kawan mencerminkan siapa kita?

Cuba kita lihat semula, siapa kawan-kawan kita.. mungkin disitu jawapannya.
Muhasabah diri adalah salah satu cara untuk kita mengenali diri sendiri dan pastikan samaada kita nie okey atau tidak.

Harap-harap kita nie dikelilingi orang-orang yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.. Insya'Allah.

Kawan nie ibarat penjual wangian dan pembuat besi... Kalau kita berkawan dengan penjual wangian, sedikit sebanyak.. pasti haruman itu terlekat pada kita.. Tapi kalau berkawan dengan pembuat besi... pasti ada bau besi pada kita..

Jadi.. fikir-fikirkanlah...




Khamis, 24 Mei 2012

Semua Orang penah GAGAL...

"....and you failed.So?" - [@] Hlovatesays.
______________________________
____________

“…and you failed. So?” Muka tak berperasaan.

Kening Alan terangkat sebelah. “Kot ye pun kau tu ada keturunan suka-sakat android.Tunjuk la gaya simpati ke empati ke sikit.”

Hadi angkat bahu dengan muka berkerut. “Aku tak reti.”

Alan sengih tawar.Dia menghela nafas panjang. “Rasa gelap dunia,dowh….” Dia menggumam sendiri di bawah sedar.Tangan kiri dilarikan di celah rambut.Tangan kanan mengetuk kepala lutut.Mata merenung kosong muka Campus Pond yang hanya beriak kecil dilibas kumpulan Canadian Goose yang berenang melintas.

Sepi mengambil ruang di kerusi batu menghadap kolam buatan manusia di tengah kampus tu. Sekitar mereka, di sana-sana ada je students lain yang bersepah duduk.Mengambil peluang merasa nikmat panas matahari sambil makan,buat kerja,atau hanya lepak cuba untuk mengosongkan kusut di kepala.Laman kampus dah kembali hijau dan berwarna.Musim bunga dah tiba. Tapi tu la.Matahari mungkin bersinar dengan langit biru tanpa awan, tapi hujan dalam hati manusia,orang tu je yang tahu.

Hadi pass tuna-wrap pada Alan.Tapi matanya pada kumpulan Canadian Goose yang masih lagi berenang berlegar di hadapan mereka.

“You sucks at giving pep-talk,man.” Alan geleng ketawa sambil menyambut tuna-wrap tu.

Hadi tak menjawab. Bahagian tuna-wrap yang tadi dibahagi dua di tangannya dipandang.Dicariknya sikit pita bread lalu dicampaknya ke tengah kolam.Berebut Canadian Goose tu mengejar cebisan pita di muka air.

“Thanks.” Alan bawa tuna-wrap ke mulut lepas baca doa makan.Ni namanya bekal lunch orang bujang.Tuang tuna,mayo,black-pepper dengan lemon juice dalam mangkuk.Kasi kacau.Lepas tu bentang pita bread,letak tomato,tuang tuna-mix,siram dengan sos,bungkus.Selamat duit dari kena beli makanan kat cafeteria kampus. Dia tak sempat buat lunch hari ni.Mujur la ada housemate yang murah hati macam Hadi.

“Berapa weight assignment tu?”

“25%.” Nafas panjang ditarik lagi. Tuna-wrap yang menuruni anak tekak dah rasa macam hampas tebu. Tadi baru dapat marks untukAssignement 1 Math 128 Calc. Kelas yang betul-betul elok je sebelum lunch-break ni. Ringan tapak kaki bila tengok marks yang kurang dari separuh tu.10.75.Maknanya dia hanya score 43.03% untuk assignment ni.Less than 49%, maknanya FAIL.Serabut kepala dibuatnya oi…

Hadi tarik earbuds dari telinga kiri.Dihulur pada Alan.Alan pandang earbuds tu dua saat.Kemudian pada Hadi yang masing merenung Canadian Goose tengah kolam.Kemudian tanpa banyak cakap dia capai dan sumbat ke telinga kanannya.

“Heart of Courage.” Hadi menutur sambil membawa tuna-wrap ke mulut.

“Two Steps From Hell.” Alan mengangguk pada Canadian Goose yang masih berenang dengan senyum segaris. Tuna-wrap yang tadi dilupakan dibawa ke mulut.

Sepi lagi.

"You really sucks at giving peptalk,man." Alan ketawa tawar sambil menggeleng.

“Nabi Nuh failed to get his son to be with him masa nak naik bahtera waktu banjir besar tu datang.” Hadi mencarik pita bread dari tuna-wrapnya. Angkatan Canadian Goose di tengah kolam tu nampak kebulur sungguh gayanya.

Alan mengunyah perlahan.Ditelan.Dia pandang Hadi.Hadi masih juga tak beralih dari pandang kolam. Pandangannya turut ditala kea rah yang sama. “And Nabi Lut failed to have his wife to be with him against the wrongdoers.” Mulutnya menutur tanpa dipinta.

“Nabi Musa and Asiah failed to convince Firaun untuk beriman.” Hadi melontar lagi cebisan pita bread pada penunggu-penunggu yang galak menanti.

Alan tarik nafas panjang. “And Rasulullah failed to convince Abu Talib untuk mengucap syahadah.” Tertahan dia melepaskan nafas dari dada yang terasa sesak.

Angguk.Hadi kini membawa tuna-wrapnya ke mulut.Perut sendiri pun lapar juga. Alan turut sama kembali kepada lunch di tangan. Sepi kembali mengisi ruang.

“Great men.” Ujar Hadi kemudian setelah menelan suapan.Tapi mata masih juga pada muka kolam. “And they too,have failures.”

Kumpulan Canadian Goose yang tadi menunggu kalau ada lagi huluran dah bosan menunggu. Ketuanya dah mengajak angkatannya mencari makanan di jajahan lain pula. Hadi hanya mengikut dengan mata.Alan mengunyah tuna-wrapnya lambat-lambat.

“And they never really did stop trying for the better,didn’t they?”

Alan menarik senyum segaris. “You really did suck at giving peptalk,bro.” Sengaja.

Heh.Hadi hanya angkat bahu dengan senyum segaris yang sama.Heart of Courage dah sampai ke hujung lagu.

Matahari di tengah langit masih bersinar di tengah biru yang lapang terbentang.Hujan di hati pun dah reda agaknya.
[perkongsian drpd penulisan Hlovate] 

Zahirkan keISLAMan kita..

Hlovate says 'Saya Islam' tu dizahirkan dengan.....

______________________________
 

“Oh....kalau macam tu sangkut je bingkai tulis ayat Kursi ke....ayat Seribu Dinar ke....tu tanda dah cukup nak jadi kita Islam,eh?Lagi besar bingkai,salut emas siap,lagi beriman,eh?”

“Ain....Ain memang suka nak cari pasal la,eh?”

“I ain’t speaking Russian,bro.I’m speaking reality here.Kalau nak ikutkan kes gantung ayat Kursi tu,my lecturer dekat uni tu pun ada ayat Kursi tergantung dalam office dia.Besar bingkai emas siap.Lawa punya khat bersulam.Tapi dia gantung sebab apa?Dia bukannya Islam pun.Sebab dia beli masa one of his conference in the Middle East.Dia gantung sebab he appeciates the art.Kalau kita pun setakat gantung je tapi tak baca dan amal,we’re no better than him then,huh?Sekadar appreciating the art?Dah tu tang mana Islamnya?

________________________________

ruang 'fill in the blanks' di atas tu dengan boleh dijawab dengan jawapan masing-masing,untuk reflection masing-masing,yes?

may Allah bless.
 
[ perkongsian drpd penulisan Hlovate..]

Selasa, 22 Mei 2012

Kelebihan Bulan Allah (Rejab)


Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.