Jumaat, 10 April 2020

Nasi Ayam PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan)

10 tahun dari sekarang, saya mungkin akan menceritakan bagaimana, angan-angan dan wawasan 2020 dihadapi oleh kita semua. Di mana semua rakyat Malaysia, malahan seluruh penduduk dunia di paksa berkurung di dalam rumah disebabkan pandemik Wabak Covic-19.

Memandangkan semua orang termasuk saya dan keluarga terpaksa berkurung di dalam rumah yang rasanya sudah hampir menginjak ke 1 bulan. maka haruslah untuk kami mewujudkan hobi bagi mengurangkan kebosanan di samping mengekalkan kewarasan diri.

Salah satu hobi yang menjadi kegemaran ramai adalah mencuba resepi-resepi baru dan belajar memasak. Salah satu menu yang menjadi pilihan adalah nasi Ayam. Mudah, namun sukar menemukan selera keluarga kami.

Jadi, resepi masakan kali ini dicatatkan di sini kerana, resepi ini telah berjaya menambat hati nurani saya dan keluarga. =)

ok.. kita teruskan kepada resepi NASI AYAM PKP..

Bahan-bahan yang diperlukan

Sup Ayam

1 biji Bawang besar (dihiris)
7 ulas Bawang putih (dihiris)
2 inci Halia (dihiris)
2 kuntum Bunga Lawang
7 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
1 batang Kulit Kayu Manis
2 sudu besar Rempah Sup (tapi sayan gantikan dengan rempah kurma.. zaman PKP kita guna ja yg mana ada)
8 ketul Ayam (terpulang kpd keperluan masing-masing)
3 liter Air (pastikan cukup untuk masak nasi)
2 ketul Kiub Ayam / serbuk perasa
sedikit daun Sup
Garam
Minyak masak 


Nasi Ayam

4 pot Beras ( dibasuh dan di toskan)
1 helai daun Pandan ( disimpulkan)
1 inchi Halia (dihiris)
1/2 Biji Bawang besar (dihiris)
3 ulas Bawang putih (dihiris)


Perapan Ayam

2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Madu
5 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil Lada hitam

Sos Nasi Ayam

2 biji Cili merah 
4 biji Cili padi
2 ulas Bawang putih
3 sudu Sos Cili
1/2 biji Tomato / 2 sudu Sos Tomato



Cara-cara nya....

Sup Ayam

1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam periuk, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga layu.

2. Masukkan rempah sup dan gaulkan sehingga sebati, kemudian masukkan ayam.

3. Masukkan kiub ayam dan air secukupnya dan tunggu sup mendidih.

4. Setelah sup mendidih, perisakan dengan garam secukupnya.

5. Asingkan sup yang akan digunakan untuk masak nasi

6. Masukkan daun sup dan tutup api.

7. Asingkan ayam dengan sup.


Nasi Ayam

1. Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam periuk.

2. Masukkan Sup yang telah diasingkan mengikut sukatan beras, daun pandan, halia, bawang besar, dan bawang putih ke dalam periuk.

3. Masak nasi seperti biasa.


Perapan Ayam

1. Gaulkan ayam yang telah diasingkan dari sup dengan semua bahan perapan.

2. Perap ayam selama 30minit - 1 jam.

3. Goreng ayam di dalam minyak panas selama 3 minit / bakar ayam sehingga sos perapan kering.


Kicap Nasi Ayam

1. Panaskan kuali dan masukan lebihan sos perapan. (sila tambah bahan-bahan perapan jika kuntiti tidak mencukupi)

2. Masukkan 1 senduk sup ayam dan didihkan,

3. Siap dihidang.

Sos Nasi Ayam

1. Kisar kesemua bahan sos.

2. Siap dihidang.




Maka terhasillah Nasi Ayam PKP.... =]

Khamis, 2 April 2020

Tidak Terdetik Walau Sekali

Sebenarnya...
Tidak terdetik walau sekali
Tidak terlintas walau dihati
bertemu dia temani hari
disaat aku mencari diri

Dia hadir tanpa diduga
memikat hati meneguh jiwa
di kala dia mengungkap kata
menukar aku menjadi kita

Ahad, 8 Julai 2018

Aku Bukan Puteri dan Dia Bukan Puteranya

Suasana dingin terasa apabila ada bayu lembut menyentuh pipi. Dedaun berayun perlahan ditiup angin. Air sungai mengalir tenang memberikan kedamaian kepada alam. Pagi itu masih awal. Deretan pohon Liu menghijau sepanjang sungai mengindahkan kawasan luar istana.

Pagi itu masih sepi. Hanya dia disitu......


Sedang aku leka memandu pagi itu menuju destinasi yang telah dipersetujui minda, hujung mata sekilas memandang sebatang pohon Liu rendang menghijau menghiasi laman sebuah rumah. Sekilas itu juga kenangan yang telah lama hilang dalam ingatan kembali entah dari mana. Pedih terasa entah mengapa. Sedang kenangan itu bukanlah apa-apa. Cuma memori tentang pohonan di luar istana.

Namun kerana dia disitu, mugkin itu penyebab pedih dihati. Kenangan dimana dia cuba sedaya upayanya membantu diri ini, walaupun mampu membahayakan dirinya sendiri.

Aku memerlukan daunan pohon Liu bagi melengkapkan kajian yang dijalankan. Hanya kerana risau akan aku dia menawarkan diri untuk membantu. Dalam usah mengumpulkan daunan itu, dia telah tercedera dan terus merahsiakan kecederaan itu sehingga aku sendiri menyedarinya. Melihat keikhlasannya, mana mungkin aku mampu membalas. Ucapan terima kasih, hanya itu mampu ku ucapkan.


Pahit manis saat menuntut ilmu, hanya mampu dilalui dengan hadirnya teman dan sahabat.

Di mana dia sekarang? Hanya Allah yang mengetahui. Semoga dia sentiasa dalam lindunganNya. Amin.

Put Back The Pieces

Four and half years has passed. looking through this blog is like walking down the memory lane. Lots of things that happened back then make me being me. I've lost for years. Stop doing what I love doing. I don't know why, but it's just happened. So, I think I should start writing back. I want to do this for me. Just for myself.


Khamis, 2 Oktober 2014

Saya Rindu Dia....

3 hari sebelum Aidiladha....

Inshaa Allah tahun ini bakal aku jalankan ibadah qurban kali kelima....

Terkenang saat dimana aku dan dia menjalani ibadah ini bersama-sama tahun lalu... dia kelihatan tersangatlah gembira... jelas.... sangat jelas...  kali pertama dan terakhir... insan petama dan terakhir...

Tok Abah....
 Tak banyak kenangan bersama dengannya.... walaupun dekat tetapi aku tersangat jarang melawat ataupun bertanya khabar.... Namun apabila kesihatannya mula merosot.... risau itu tetap ada.... berusaha sedaya mungkin meluangkan waktu untuk dia... menziarah dan menemaninya di hospital.... sentiasa berdoa agar kami diberi lebih masa utk bersama.... Terkenang saat-saat aku menemaninya ke hospital, mendapatkan rawatan.... petah dia berbicara sepanjang perjalanan... bertanyakan isu pelajaran.... kehidupan seorang pelajar.... terkenang hari pertama menjejakkan kaki di UiTM, dia sanggup menemani diri ini.. memberikan semangat katanya... Andai aku diberi masa.... Namun, hati dapat merasa.... dia tidak akan tinggal lama.... tapi siapapun kita, apa pun yang dirasa minta tetap membantah.... tiada manusia yang mendoakan pemergian orang yang disayangi.... 2 syawal tahun ini menjadi satu tarikh yang akan kekal dalam ingatan... Dia pergi untuk selamanya....

Tok Abah
satu-satunya insan yang tidak malu mempamerkan kasih sayangnya pada cucu-cucu.... gemar memeluk aku walaupun sudah meningkat remaja..... satu-satunya tabiat yang membuatkan aku rindu padanya... setiap kali berjumpa, dia tak pernah lupa memberikan ciuman di pipi tembam ini... tak pernah gagal memeluk tubuh gemuk ini.... sentiasa memberikan kata-kata semangat.... nasihat dan doa....

Tok Abah
Ini janjiku padanya....
Akan aku jaga mama... sebagaimana dia jaga tok abah....
akan aku luangkan masa sebagaimana mama luangkan masa utk tok abah...
akan aku korbankan apa saja sebagaimana mama berkorban utk tok abah....

Tok Abah
Apa yang terjadi... pengalaman yang dilalui...
membuka mata seorang cucu dan anak....
berbakti selagi mampu..... berkorban selagi perlu..
kerana bila tiba waktu itu...
tiada terkilan... tiada pilu....

Tok Abah
Mama tenang meredhai pemergian tok Abah....
Walau dia terasa belum puas berjasa...

Semoga Dia Tenang Di Sana.....


Isnin, 19 Mei 2014

Arjuna Beta....


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur



nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa




kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri



hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela




ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda



hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela



nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa



Ahad, 18 Mei 2014

His/Her G-Day....


Alhamdulillah....

Walaupun lewat 1 semester tetapi dengan izin Allah segalanya selesai jua akhirnya....

Terpaksa rushing dr makmal semata-mata nk join hari bersejarah nie.....

Alhamdulillah sempat jugak jumpa walaupun x sampai 5 minit.....




 Tahniah ya.....
Diploma Done...
plzzz struggle for your degree...