Rabu, 21 Mac 2012

SahabaT & CintA

Seroja itu masih setia menghuni tasik yang tenang ini. Menjadikan daun yang lebar sebagai teduhan buat anak-anak ikan dibawahnya. Setia berbakti keoada ekologi tasik. Di sini,tempat dimana dulu, hampir setiap minggu aku menghabiskan hari cutiku. kedamaian yang kurasa di sini, serba sedikit mengubat luka dihati, memberikan ketenangan jiwa dalam mensyukuri nikmat ciptaanNya. Di tasik ini, aku banyak mengukir kenangan bersamanya, melakar memori di kanvas minda, mencipta bahagia yang menghias impianku.

Namun, segalanya hanya sementara. Telah ditetapkan ketentuan oleh yang Maha Esa, setiap pertemuan pasti punya perpisahan. Antara sahabat dan cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dibuat pilihan. Nilai persahabatan yang kukuh membuatkan aku tegar untuk berkorban. Namun pada satu sudut lain, hatiku berat memilih si dia. Ada yang sanggup memutuskan persahabatan demi cinta yang tulus, disisi lain ada yang rela melepaskan cinta untuk sebuah persahabatan yang telah lama terjalin.

Bagi aku, kedua-duanya tetap penting dan bermakna dalam kehidupan ini. Jadi, aku memilih untuk memulakan langkah baru, mencipta semula kisah hidupku. Setiap insan perlukan mas untuk berubah. Sungguhpun pengalaman itu mematangkan kita, yang pahit itu masih tetap terasa. Aku tidak mungkin dapat mengubah apa yang telah berlaku, memadam masa lalu mahupun melupakan memori itu. Aku hanya mampu menerima hakikat takdir hidupku dengan penuh keredhaan.

Aku memilih untuk berhijrah. Berhijrah meninggalkan kenangan itu, hijrah mengubah diriku yang dahulu. Aku tinggalkan semua. Semua yang pernah menjadi milikku suatu masa dahulu.

Kini, segalanya berubah, samaada masa yang merubah segalanya mahupun manusia itu sendiri yang berubah. Yang pasti, Allah tidak akan mengubah nasin sesebush kaum melainkan mereka sendiri yang berubah. Menjadi seorang perantau di tempat asing mengubah aku yang dulu. Aku menjadi semakin tabah menjalani kehidupan, berusaha mencapai matlamat baru.

Dalam kembara yang panjang itu, aku ditemani seorang insan. Insan yang sama-sama mencari kehidupan yang diredhai. Dia sentiasa menjadi rakan tatkala aku berjuang mencari kekuatan, setia sebagai teman dikala aku perlukan perkongsian, hadir sebagai kawan disaatku harapkan bantuan dan teguh sebagai sahabat andaiku inginkan pengorbanan.

Bertahun dia disisi, setia menemani, penuh kesopanan, terjaga pergaulan. Tercuit hatiku dengan sikapnya. Terus ku pemperingati, menginsafi diri agar yang dulu tidak berulang kembali. Dalam diam, rasa itu membenih dan hati ini telus menyemai tunas-tunas kasih. 

Tatkala dia melamar, terasa seolah-olah pohon itu membungakan kuntuman cinta semekar taman. Ku terima cintanya.

Keputusan meninggalkan cinta dan sahabat suatu ketika dulu menghadirkan aku sesuatu yang lebih bermakna. Dia kini setia disisiku sah sebagai cinta dan sahabat.

Akan ku jaga ikatan ini, akan ku teguhkan simpulanitu agar dia tetap disisi, berbahagia hingga ke syurga Illahi..




nfw'24-7



Sabtu, 3 Mac 2012

Kadang kala kita Harus Memilih...

 


THE ROAD NOT TAKEN

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,


And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
 
[by: Robert Frost] 
 
nfw'24-7 

Islam itu bersaudara...


Gunakan kesempatan yang ada untuk 
terus berkasih sayang 
hanya kerana
ALLAH...

Bersaudara itu sangat indah..


Andai suatu hari nanti aku terlupa..
Ingatkan aku...
Suatu masa dulu kita pernah gembira bersama...

Hargai Diri Ini....


Mungkin sukar untuk merungkai sebuah kehidupan...
Namun dengan menghargainya...
Kita akan lebih bahagia...
Sesungguhnya nikmat ALLAH itu,
dimana-mana....
 nfw'24-7

Selasa, 21 Februari 2012

Apa Matlamat Kita?

Assalamualaikum w.t.b....

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih"
"Ssungguhnya aku berserah diri kepada yang maha hidup yang tiada pernah mati. Tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah yang maha tinggi dan maha agung."

 Coretan di kala ini masih berbicara tentang kehidupan.. Kerana apa? kerana itulah yang sedang kita, (tentu sekali diri ini) sedang tempuhi. 

Disaat ini ingin sekali saya berbicara tentang matlamat. Tentu semua insan didunia ini punya matlamat tersendiri. Apabila kita mula menyelak helaian-helaian buku motivavi, tentu banyak kata-kata mahupun nasihat yang meminta kita untuk berimaginasi dalam membina sebuah matlamat dan seterusnya berusaha mencapai matlamat yang kita impikan.

Dalam membentuk matlamat, saya sering kali menjadikan buku-buku motivasi sebagai panduan.

Matlamat yang harus terbahagi kepada beberapa bahagian.
  • malamat jangka pendek
  • matlamat jangka sederhana
  • matlamat jangka panjang
Matlamat jangka pendek selalunya berkisar mengenai sesuatu yang diidamkan dalam tempoh waktu terdekat.
Manakala matlamat sederhana pula merujuk kepada impian dalam tempoh yang agak panjang.
Dan matlamat jangka panjang merupakan matlamat kita pada sebuah kehidupan yang abadi.. Dan tentunya bertemu dengan sang pencinta iaitu Allah s.w.t..



Boleh saya katakan bahawa semua insan didunia ini mengimpikan Kebahagiaan tidak kira didunia mahupun akhirat kelak.

Kebahagiaan tidak diukur dengan apa yang kita miliki.. tetapi apa yang kita nikmati..

"Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri." ~ Said Mustafa






nfw'24-7



Isnin, 20 Februari 2012

Memilih yang Terbaek...

Assalamualaikum w.t.b....

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih."
"Ya Allah, aku bermohon kepadamu kesempurnaan nikmat di dalam segala hal dan mensyukuriMu atasnya, sehingga Engkau redha dan sesudah redha lalu aku memohon pula kepadaMu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih sebagaimana aku pohon kepadaMu untuk memudahkan urusanku, bukan yang sulit lagi susah dikerjakan. Ya Tuhan Yang Maha Mulia."

Kehidupan memerlukan kita untuk memilih dan terus memilih....

Dalam membuat pilihan tentunya yang kesempurnaan itu menjadi ukuran. Namun pernahkah kita terfikir betapa sukar mencari sesuatu yang sempurna. Sedang diri kita sendiri tidak pernah sempurna malahan terlalu jauh daripada kesempurnaan itu sendiri.

Saya lebih selesa memilih yang terbaik. Ini kerana, yang terbaik tidak bermakna sempurna dan yang sempurna itu tidak semestinya yang terbaik buat kita. Setiap insan itu berbeza. Jadi tentu sekali keperluan dan kehendaknya juga berbeza bukan? 

Pilihlah yang selesa.
Semua orang tentu mempunyai telefon bimbit. Dan hampir semua menggunakannya untuk tujuan yang sama. Banyak model telefon bimbit dipasaran yang boleh dijadikan pilihan. Namun yang manakah yang mampu mengungguli carta hati anda untuk dipilih. Punya yang mahal juga yang murah.

Saya pernah dihadiahkan sebuah telefon bimbit oleh yang tersayang (sbb dy tahu yg sya xkn beli sendiri). Sebuah telefon bimbit yang ber'keypad'. Saya sangat menyukainya. Terasa mudah digunakan dan selesa. Selang beberapa lama, saya dihadiahkan lagi sebuah telefon bimbit juga oleh yang tersayang, merupakan model terbaru yang dipasarkan. Model ini berbeza dari yang sebelumnya. Mempunyai kemudahan internet, juga 'touch screen', kelihatan lebih 'advance' dan sempurna daripada model yang sebelum.. Setelah beberapa lama menggunakannya, saya mula merindui model yang sebelum ini. Mungkin kerana yang lama lebih sempurna dimata saya. Saya selesa menggunakannya walaupun terdapat kekurangan padanya. Mengapa mesti memilih yang sempurna sedangkan kita tidak memerlukan kesempurnaannya?

Bagi saya, begitulah cara yang sebaiknya untuk membuat pilihan. Meskipun dalam apa jua keadaan.

Sedikit kata-kata daripada seorang hambaAllah:
" Tidak penting bagi kamu untuk mengetahui harganya, tetapi penting bagi kamu mengetahui nilainya.."


nfw'24-7