Jumaat, 25 Mei 2012

Cermin Kita Cermin Diri....

Assalamualaikum w.t.b...

" Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih."
"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik usiaku pada akhir hayatku dan sebaik-baik amalan di akhir hayatku dan sebaik-baik hari pada saat aku menemuiMu."
"Amin.."


Kadang-kadang terbit dibenak.. "Aku nie okey ke?"

Hah.. macam mana nak tau kita nie okey ke tak...?

Ada sesetengah orang kata kalau nak kenal seseorang tue.. tengok dengan siapa dia berkawan.. Benarkah kawan-kawan mencerminkan siapa kita?

Cuba kita lihat semula, siapa kawan-kawan kita.. mungkin disitu jawapannya.
Muhasabah diri adalah salah satu cara untuk kita mengenali diri sendiri dan pastikan samaada kita nie okey atau tidak.

Harap-harap kita nie dikelilingi orang-orang yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.. Insya'Allah.

Kawan nie ibarat penjual wangian dan pembuat besi... Kalau kita berkawan dengan penjual wangian, sedikit sebanyak.. pasti haruman itu terlekat pada kita.. Tapi kalau berkawan dengan pembuat besi... pasti ada bau besi pada kita..

Jadi.. fikir-fikirkanlah...




Khamis, 24 Mei 2012

Semua Orang penah GAGAL...

"....and you failed.So?" - [@] Hlovatesays.
______________________________
____________

“…and you failed. So?” Muka tak berperasaan.

Kening Alan terangkat sebelah. “Kot ye pun kau tu ada keturunan suka-sakat android.Tunjuk la gaya simpati ke empati ke sikit.”

Hadi angkat bahu dengan muka berkerut. “Aku tak reti.”

Alan sengih tawar.Dia menghela nafas panjang. “Rasa gelap dunia,dowh….” Dia menggumam sendiri di bawah sedar.Tangan kiri dilarikan di celah rambut.Tangan kanan mengetuk kepala lutut.Mata merenung kosong muka Campus Pond yang hanya beriak kecil dilibas kumpulan Canadian Goose yang berenang melintas.

Sepi mengambil ruang di kerusi batu menghadap kolam buatan manusia di tengah kampus tu. Sekitar mereka, di sana-sana ada je students lain yang bersepah duduk.Mengambil peluang merasa nikmat panas matahari sambil makan,buat kerja,atau hanya lepak cuba untuk mengosongkan kusut di kepala.Laman kampus dah kembali hijau dan berwarna.Musim bunga dah tiba. Tapi tu la.Matahari mungkin bersinar dengan langit biru tanpa awan, tapi hujan dalam hati manusia,orang tu je yang tahu.

Hadi pass tuna-wrap pada Alan.Tapi matanya pada kumpulan Canadian Goose yang masih lagi berenang berlegar di hadapan mereka.

“You sucks at giving pep-talk,man.” Alan geleng ketawa sambil menyambut tuna-wrap tu.

Hadi tak menjawab. Bahagian tuna-wrap yang tadi dibahagi dua di tangannya dipandang.Dicariknya sikit pita bread lalu dicampaknya ke tengah kolam.Berebut Canadian Goose tu mengejar cebisan pita di muka air.

“Thanks.” Alan bawa tuna-wrap ke mulut lepas baca doa makan.Ni namanya bekal lunch orang bujang.Tuang tuna,mayo,black-pepper dengan lemon juice dalam mangkuk.Kasi kacau.Lepas tu bentang pita bread,letak tomato,tuang tuna-mix,siram dengan sos,bungkus.Selamat duit dari kena beli makanan kat cafeteria kampus. Dia tak sempat buat lunch hari ni.Mujur la ada housemate yang murah hati macam Hadi.

“Berapa weight assignment tu?”

“25%.” Nafas panjang ditarik lagi. Tuna-wrap yang menuruni anak tekak dah rasa macam hampas tebu. Tadi baru dapat marks untukAssignement 1 Math 128 Calc. Kelas yang betul-betul elok je sebelum lunch-break ni. Ringan tapak kaki bila tengok marks yang kurang dari separuh tu.10.75.Maknanya dia hanya score 43.03% untuk assignment ni.Less than 49%, maknanya FAIL.Serabut kepala dibuatnya oi…

Hadi tarik earbuds dari telinga kiri.Dihulur pada Alan.Alan pandang earbuds tu dua saat.Kemudian pada Hadi yang masing merenung Canadian Goose tengah kolam.Kemudian tanpa banyak cakap dia capai dan sumbat ke telinga kanannya.

“Heart of Courage.” Hadi menutur sambil membawa tuna-wrap ke mulut.

“Two Steps From Hell.” Alan mengangguk pada Canadian Goose yang masih berenang dengan senyum segaris. Tuna-wrap yang tadi dilupakan dibawa ke mulut.

Sepi lagi.

"You really sucks at giving peptalk,man." Alan ketawa tawar sambil menggeleng.

“Nabi Nuh failed to get his son to be with him masa nak naik bahtera waktu banjir besar tu datang.” Hadi mencarik pita bread dari tuna-wrapnya. Angkatan Canadian Goose di tengah kolam tu nampak kebulur sungguh gayanya.

Alan mengunyah perlahan.Ditelan.Dia pandang Hadi.Hadi masih juga tak beralih dari pandang kolam. Pandangannya turut ditala kea rah yang sama. “And Nabi Lut failed to have his wife to be with him against the wrongdoers.” Mulutnya menutur tanpa dipinta.

“Nabi Musa and Asiah failed to convince Firaun untuk beriman.” Hadi melontar lagi cebisan pita bread pada penunggu-penunggu yang galak menanti.

Alan tarik nafas panjang. “And Rasulullah failed to convince Abu Talib untuk mengucap syahadah.” Tertahan dia melepaskan nafas dari dada yang terasa sesak.

Angguk.Hadi kini membawa tuna-wrapnya ke mulut.Perut sendiri pun lapar juga. Alan turut sama kembali kepada lunch di tangan. Sepi kembali mengisi ruang.

“Great men.” Ujar Hadi kemudian setelah menelan suapan.Tapi mata masih juga pada muka kolam. “And they too,have failures.”

Kumpulan Canadian Goose yang tadi menunggu kalau ada lagi huluran dah bosan menunggu. Ketuanya dah mengajak angkatannya mencari makanan di jajahan lain pula. Hadi hanya mengikut dengan mata.Alan mengunyah tuna-wrapnya lambat-lambat.

“And they never really did stop trying for the better,didn’t they?”

Alan menarik senyum segaris. “You really did suck at giving peptalk,bro.” Sengaja.

Heh.Hadi hanya angkat bahu dengan senyum segaris yang sama.Heart of Courage dah sampai ke hujung lagu.

Matahari di tengah langit masih bersinar di tengah biru yang lapang terbentang.Hujan di hati pun dah reda agaknya.
[perkongsian drpd penulisan Hlovate] 

Zahirkan keISLAMan kita..

Hlovate says 'Saya Islam' tu dizahirkan dengan.....

______________________________
 

“Oh....kalau macam tu sangkut je bingkai tulis ayat Kursi ke....ayat Seribu Dinar ke....tu tanda dah cukup nak jadi kita Islam,eh?Lagi besar bingkai,salut emas siap,lagi beriman,eh?”

“Ain....Ain memang suka nak cari pasal la,eh?”

“I ain’t speaking Russian,bro.I’m speaking reality here.Kalau nak ikutkan kes gantung ayat Kursi tu,my lecturer dekat uni tu pun ada ayat Kursi tergantung dalam office dia.Besar bingkai emas siap.Lawa punya khat bersulam.Tapi dia gantung sebab apa?Dia bukannya Islam pun.Sebab dia beli masa one of his conference in the Middle East.Dia gantung sebab he appeciates the art.Kalau kita pun setakat gantung je tapi tak baca dan amal,we’re no better than him then,huh?Sekadar appreciating the art?Dah tu tang mana Islamnya?

________________________________

ruang 'fill in the blanks' di atas tu dengan boleh dijawab dengan jawapan masing-masing,untuk reflection masing-masing,yes?

may Allah bless.
 
[ perkongsian drpd penulisan Hlovate..]

Selasa, 22 Mei 2012

Kelebihan Bulan Allah (Rejab)


Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Rejab Bulan Allah...



Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
  • “Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar daripada ALLAH SWT."
  • "Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT."
  • "Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal."
  • "Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam."
  • "Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya."
  • "Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT."
  • "Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."
  • Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
  • Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan kamu menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan aku berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rejab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

Sayang Kamu...

Sahabat - Najwa Latif

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.







Isnin, 21 Mei 2012

Khas Untuk Usahawan @ bakal Usahawan Muslim

....Mata itu terus tertumpu pada skrin lap top. Leka dengan paparan laman sosial yang dibuka.
 "Wow..." hanya itu yang diucapkan. Terkesima dengan apa yang di baca. 

Now, one of my friends doing a business. Nice, good job... Honestly... if he is in front of me, he'll hear "I'm proud of you.." coming out from my mouth.

*********
( end of the story????)
No.. it's just begin..

Here, i wanna share with you  

11 Ways to Increase our Provision 

( 11 Cara Menambah Rezeki)



1st step is increase faith and piety : Tingkatkan Iman & Takwa 

( Rezeki datang dari Allah, jadi kita kenalah jaga hubungan kita dengan Allah, one more things.. rezeki tue x semestinya duit... boleh jadi kesihatan, ketenangan, kebahagiaan.. dan segala sesuatu yang menyenangkan kita...)


Allah S.W.T told us in Sura' Al-A'raf:96

If the people of the towns had but believed and feared Allah, We should indeed have opened out to them (All kinds of) blessings from heaven and earth; but they rejected (the truth), and We brought them to book for their misdeeds.

(Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.)

2nd step is Dua' : Perbanyakkan Doa

"When My servants Ask thee concerning Me, I am indeed Close (to them): I listen To the prayer of every Suppliant when he calleth on Me: Let them also, with a will, My call, Listen to And believe in Me: That they may walk In the right way." (2:186)

(Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.)

3rd step is give alms : Bersedekah


(Allah S.W.T dah janji dalam FirmanNya, bahawa Dia akan menggantikan apa saja yang didermakan ke jalanNya... jadi.. percaya pada janji Allah..)

4th step is do good to parents : Berbuat baik kepada Ibu bapa

  (Jangan sesekali menderhaka kepada ibubapa..)

5th step is ask for forgiveness : Beristighfar

6th step is Dhuha' prayer : Solat Dhuha

  ( Solat Dhuha membuka pintu rezeki. Boleh dilihat daripada maksud doanya.)

7th step is  reciting al-Waqiah : Baca surah Al-Waqiah

8th step is feeding to animals : Memberi makana kepada Haiwan

9th step is  do not torture animals : Jangan Menyiksa Haiwan

10th step is  friendship : Silaturahim

  ( Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :"Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim" [HR Bukhari])

11th step is  pay zakat : Bayar Zakat

 

( Rujukan : Tau Tak Apa, Hm Tuah Iskandar al-Haj)