Ahad, 18 Mei 2014

When you only had a choice.....



 Almost 5 years knowing each other..... try harder to be the best I could.... but just realize that's not enough.... Just because one unexpected question, she saw the demon in me....

There's no tears... not anymore.... I'll face this with all my heart.... If that what she can conclude about me... After what I have done to her... then I'll accept... everything...

"People get tired".... that's right.... I think it enough... you've got enough from me... now just lean by our own...

You're matured enough to be on your way.... to dump your friend just for a man... then, go ahead.... I'll not saying a word...

because I know my silence is better for you....



heart broken...

Rabu, 20 November 2013

Cita-Cita dan Anganan


Menghabiskan waktu cuti sebagai Pembantu Taska dan Guru Prasekolah menjadikan hampir setiap waktu aku bersama-sama kanak-kanak.

Ketenangan dan keceriaan bersama mereka tak mungkin aku dapat tatkala bersama-san rakan yang lain..

Sesungguhnya mereka sangat suci dan tentunya bersih dari sebarang dosa.

Okeyh! let's straight to the point.... ^^

Sebuah pengajaran bukan hanya berlangsung apabila seorang guru mengajar anak didiknya... tetapi ianya juga berlaku apabila anak didik mampu membuat seorang guru belajar daripadanya...

nampak x simbiosis antara kedua2nya...?

ok.. cerita nie berlaku apabila seorang guru yg juga masih lagi seorang pelajar, berbicara mengenai cita-cita bersama-sama anak didiknya...

Apabila kanak-kanak ditanya mengenai cita-cita, mereka tersangatlah teruja untuk menjawab. tentu sekali dengan penuh keyakinan... no doubt at all... they're great right? yes.. they're.
boleh x bayangkan apa bila soalan yang sama ditanya kepada lepasan SPM ataupun pelajar universiti? I bet.. most of them have doubt to tell 'bout their own dream... am I right? then, ask yourself. If you can answer without any doubt, then you're the ambitious person...   

“we act on what we believe in. we're the ones who decide on who and what we want to be. we are the one making the choices”
Hlovate, Anthem 

Trust yourself... make your choice....



My G-Day...


Alhamdulillah...
Dengan berkat usaha... sokongan dan dorongan drpd keluarga tercinta... sahabat yang kerap menjadi tempat mengadu... teman2 seperjuangan bersama-sama tika susah dan senang...

Akhirnya... Diploma In Sciences dalam genggaman...

After all this thing happened.....

“life is a wonderful journey
no one knows what will happen in the future
we have to go ahead of the moon and stars
we have to reach beyond the skies
this world will be left behind
who knows what the future is”
Hlovate, Anthem 





Menerima skrol diploma daripada Ayahanda Sahol sendiri..
 
so.. i'm currently doing my degree.. and hope for the best thing to happen in the future..
Inshaa Allah... ^^

Selasa, 9 Julai 2013

Terbuang bagai Dibuang

Dalam leka menilik status2 fb secara rawak...

aku terbaca sebuah status yang mengingatkan aku kepada seorang guru... yang aku percaya, ilmunya bukan hanya mmbantu aku meluluskan diri dalam peperiksaan akademik tetapi juga menolong aku meloloskan diri tatkala emosi dan hati terus diuji...

Status seorang rakan:
"orang mengutuk saya, saya tak mati cepat; orang puji saya, saya tak hidup lebih lama"
Sungguh... benar kata itu....
Sungguh ajal setiap insan itu telah ditetapkan arakala kita dicipta.... tidak mungkin awal ataupun lewat hatta sesaat... itu janjiNya...
 Setiap dari kita diuji dengan cara yang berbeza....

Tetapi berat itu kian terasa apabila keluarga terbabit sama...
Satu keadaan yang tidak mampu aku zahirkan perasaan apabila seorang yang menjadi kesayangan, menjadi orang pertama yang difikirkan dalam setiap tindakan, yang terhutang budi selagi nyawa dikandung badan, menyatakan hasrat memutuskan hubungan hanya kerana satu kesalahan.....

Luluh hati bagai disiat.... sungguh... kecewa..
hanya itu yang mampu aku gambarkan....
aku bukan insan yang tabah.. tetapi aku redha keputusan itu..
Jika itu yang mereka mahukan.... Baik... kita putuskan...

Andai ini pertemuan terakhir... izikan aku mengucap kata

Maaf dan ampun akan setiap dosa-dosaku sedari kecil hingga dewasa kini... dosa-dosa dulu, kini dan mungkin di masa-masa akan datang...
Halalkan makan dan minum.... ilmu dan didikan... yang tersangat membantu aku dalam membesar sebagai seorang insan... tanpa itu semua aku mungkin bukan sesiapa...
Terima kasih atas jagaan, kasih sayang, kenangan dan kerisauan yang engkau hulurkan dari waktu aku mula bertaktih sehingga kini aku mampu berlari kencang meneruskan kehidupan...

Sedih itu satu kata yang hanya mampu aku simpan di hati... 
Pedih itu satu rasa yang aku percaya mungkin sementara...
Yang aku risau tiada parut yang mungkin tinggal kerna hati telah hancur berderai....

Akanku pegang kata itu:
"Walau dipuji, aku tidak hidup selamanya, walau dikeji, aku tidak mati serta-merta.."

Selasa, 4 Jun 2013

Telur BUngkus...


 Memandangkan tomyam dah ada.. tp mcm x best ja nk makan semata lauk ja...
so, kita buat telur bungkus...
senang sgt sebenarnya nk buat telur nie..

Bahan2 nya:

  • 1 biji telur (dikacau mcm nk buat telur dadar tue..jgn lupa letak garam sket.. ^^)
  • Seketul isi ayam ( dihiris nipis dn kecil2..)
  • Sayur campur (beli yg dh siap dah.. dlm tue ada kacang hijau, carrot n jagung..)
  • bawang besar ( dimayang... nk potong dadu pown boleh)
  • Sos tiram ( dlm satu sudu keci )
  • Sos cili (mengukut cita rasa anda...)
  • Minyak Masak (saya guna minyak sunflower... hehe ^^)
Cara2nya:

  1. Panaskan munyak masak dan tumiskan bawang yg telah dipotong.
  2. Masukkan isi ayam, sos tiram dan kacau hingga masak.
  3. masukkan sos cili, dan sayur campur. (jika perlu sedikit air supaya x kering)
  4. Didihkan dan letak sebelah.
  5. Gunakan kuali bersih untuk goreng telur.. Pastikan telur itu dalam keadaan nipis dan lebar.
  6. Masukkan isi ayam yg telah dimasak tadi  ke atas telur dan bungkus .
  7. siap dan boleh dihidangkan...
mudahnya kan?

Selamat Manjamu Selera.............. n_n

Hasilnya :


Tom Yam... simple jer...

Salam....

Memandangkan hari tue mcm malas ja nk masak... so, i make a decision to rebus ja apa yg ada bg jadi sup...

Buka peti tengok ada ayam, carrot ngan bunga kubis.... so.. rasanya nk buat tom yam jer lah...

Ini resipinya....:

Bahan-bahan:
  • Ayam (berapa byk korang nk letak depend on brp org nk mkn.... memandangkan org bujang ja yg nk mkn sya letak 4 ketul ja..)
  •  Bunga kubis (dipotong cantik2.. ikut cita rasa dan gaya anda.)
  • Carrot ( potong half moon.. hehehe dh terikut2 ngan pesyen tudung plak..)
  • Bawang besar ( belah 4 @ 6 mengikut saiz mulut msing2 lah yer..)
  • Serai ( 2 batang.. diketuk guna batu lesung..)
  • Limau nipis ( mengikut level kemasaman yg anda mahukan..)
  • Garam (secukup rasa..)
  • Kiub TOM YAM (boleh guna jenama apa pown.. sya guna 2 biji..)
Methodnya:
  1. Rebus ayam dan serai dalam periuk yg telah diisi dgn air... sehingga mendidih.
  2.  Masukkan semua ramuan di atas yg belom dimasukkan... tunggu sehingga mendidih..
  3. Rasa dan tambah apa2 yg kurang.
  4. Siap untuk dihidangkan..
Simple kan! ^^

Hasilnya:



Ahad, 2 Jun 2013

Puding Bandung berLaici.....


PENGENALAN :

Puding adalah nama untuk berbagai hidangan penutup yang umumnya dibuat dari bahan-bahan yang direbus, dikukus, atau dipanggang. Istilah puding juga dipakai untuk berbagai jenis pai berisi lemak hewan, daging, atau buah-buahan yang dipanggang.

Puding dengan bahan baku susu (yogurt), tepung maizena, tapioka, atau telur dihidangkan setelah didinginkan lebih dulu. Puding seperti ini rasanya manis dengan perisa coklat, karamel, vanila, atau buah-buahan. Puding agar-agar dibuat dengan mencampur agar-agar bersama susu, tepung maizena, atau telur kocok. Puding agar-agar sering dihidangkan dengan saus yang disebut vla. Tepung puding instan memudahkan orang membuat puding karena hanya perlu dicampur susu atau air panas.

OBJEKTIF :

Objektif utama masakan ini adalah:
  •  Untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut selapas makan tengah hari/ malam.
  •  Untuk dihidangkan kepada tetamu yang bertandang.
  •  Untuk dijadikan santapan ketika menonton.
  •  Untuk dijadikan pengubat bosan/marah.

BAHAN-BAHAN :
  • 25g          - Agar-agar
  • 400mL    - Susu cair
  • 1000mL  - Air
  • 5 mL       - Pewarna merah/ sirap ros
  • 300g        - Gula 
  • 1 tin        - Laici
  • 1 tangkai - Daun pudina (untuk hiasan) 




CARA-CARA :
  1. Panaskan agar-agar dan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula, pewarna, susu cair, dan laici yang telah dipotong kecil.
  3. Gaul hingga sebati dan didih sekali lagi.
  4. Masukkan kedalaan acuan dan simpan di dalam peti sejuk.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

HASIL :

 

SELAMAT MENCUBA..!!!!!!!